Level 167 : Selamat Tahun Baru kawan-kawan.. ~mari baca doa~

ambil dari sebuah blog...
http://muhayniey.blogspot.com/2011/11/doa-akhir-awal-tahun.html


Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda.
Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, dan kami belum bertaubat darinya padahal Engkau tidak meredhainya dan belum melupakannya malah Engkau berlembut dan tidak mengazabkan kami, serta memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri dalam maksiat kepada-Mu. Maka kami memohon pengampunan-Mu dan ampunkanlah kami. Dan apa-apa perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau Redhai dan Engkau janjikan baginya pahala, maka kami memohon kepada-Mu ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerimanya daripada kami, dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami, Wahai Tuhan yang Maha Pemurah.
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda, Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.


Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, Rasul yang termulia, keluarga dan seluruh sahabat baginda.
Ya Allah ya Tuhan Kami, Engkaulah Tuhan Yang Abadi, Sedia Ada dan Tiada Permulaan, kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat banyak dan sangat diharapkan.
Tibalah tahun baru ini kepada kami, kami memohon kepada-Mu agar terpelihara kami dalam tahun ini daripada Syaitan yang direjam, dan para kuncu-kuncunya serta bala tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan-Mu mengalahkan runtutan nafsu amarah (yang mendorong) ke arah kejahatan.
Dan kami jua memohon rasa sedia ingin membuat perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kami kepada-Mu, Wahai Yang mempunyai keagungan dan kemuliaan,Sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan seluruh sahabat baginda. Dan segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian alam.



ppsssttt ::: semoga tahun baru lebih baik dari tahun ini... 1434H.....











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers

Mari tinggalkan jejak anda di sini.. nanti saya gi rumah awak lak..