Sumbangan Ikhlas...

mSr Pictures

kami menyediakan khidmat fotografi...jika ingin bertanya mengenai pakej... sila email ke
pidah_kawai@yahoo.com / cruelboy81@yahoo.com

017-3930095 (shariff)

Mari tinggalkan jejak anda di sini.. nanti saya gi rumah awak lak..

Pages

Thursday, January 19, 2012

Level 9 : SOPA?? PIPA??? Sopa So Good??



wallawei... 
ape kah yang terlah terjadi.???

maaf la.. letak gambar je aritu.. 
tak de post dan penerangan... 
jadi ni aku kopi pes penerangan yang berkaitan.. 
copy paste je... 
tak kuasa nak buat karangan.. 
aku tau.. tapi tak reti nak terjemah kan.. 
hahahahaha alasan... 



Salah satu perbincangan yang menjadi semakin hangat akhir-akhir ini adalah berkenaan dengan SOPA, dan bukan sahaja hangat dibincangkan di Amerika Syarikat sahaja, malah media seluruh dunia. Melaluinya, ia bukan hanya memberi kesan kepada cetak rompak, tetapi kepada internet secara menyeluruh.


Apakah Itu SOPA

Semestinya salah satu persoalan yang tertanya oleh semua orang adalah apakah itu SOPA. SOPA merupakan singkatan kepada Stop Online Piracy Act, dimana sedang diperbincangkan oleh pihak Amerika Syarikat.

Secara kasarnya ia merupakan salah satu cara untuk mengurangkan masalah cetak rompak melalui internet, namun ia memberi kesan yang lebih daripadanya, dan seperti tidak begitu adil untuk semua penyedia perkhidmatan berasaskan internet.

Kesan SOPA Kepada Pembangun Dan Pengguna Malaysia

Memandangkan kebanyakkan perkhidmatan terutamanya penyedia perkhidmatan nama domain (.com, .net. dan .org) adalah berpengkalan di Amerika Syarikat, maka perkhidmatan ini memberikan kesan menyeluruh, termasuk kepada para pengguna dan pembangun di Malaysia.

Walaupun cetak rompak merupakan salah satu perkara yang dihalang di semua negara, mahupun agama, mengawalnya masih lagi suatu perkara yang sukar. Apatah lagi dengan kebanyakkan perkhidmatan berasaskan web sekarang, seperti YouTube, Facebook dan sebagainya menggunakan kandungan yang dijana oleh pengguna, maka mengawalnya mungkin sesuatu yang sukar. Dengan pengenalan SOPA, ia semestinya akan memberikan kesan yang menyeluruh kepada perkhidmatan seumpama ini, dan memberikan kesan kepada penggunannya di seluruh negara, termasuk Malaysia.

Selain daripada itu, memandangkan oleh hanya salah satu kandungan yang bertentangan dengan hak cipta, dibawah akta ini, ia akan menjadikan keseluruhan nama domain tersebut dihalang, dan memberikan efek yang besar.


Siapakah Yang Membantahnya?

Buat masa ini, kebanyakkan syarikat berasaskan internet membantah perkara ini, termasuk Google, Facebook, Yahoo!, Microsoft, PayPal, Mozilla, FourSquare, eBay, AOL, Creative Commons, dan banyak lagi.

Namun masih ada yang menyokongnya, dan salah satu syarikat yang menyokongnya adalah GoDaddy (GoDaddy telah menarik balik sokongan selepas ramai pengguna mereka keluar dan beralih ke perkhidmatan lain).


Jadi, Apakah Seterusnya?

SOPA masih lagi pada peringkat pendengaran buat masa ini, dan pendengaran seterusnya bakal diadakan pada bulan Januari kelak. Dan semakin hari, semakin banyak syarikat membantah cadangan tersebut, dan ada juga yang menyokongnya.

Walaupun ia masih tidak diketahui kesannya, tahun hadapan akan menjadi antara tahun yang hangat membincangkan mengenai akta-akta berkaitan internet, termasuk di Malaysia sendiri yang membincangkan mengenai Akta Badan Perkomputeran Professional.





tahun lepas kalau tak silap.. 
Malaysia pon ada buat tindakan bagi mencegah download2 ni.. 
ingat tak?
sampai ade beberapa website kerajaan digodam dalam menunjukkan perasaan... 
tapi biasa la.. Malaysia Bukanlah Dunia... 
Dunia adalah Amarika.. seperti yang telah dibaca melalui komen-komen di web The Verge 

seperti yang diperkatakan oleh Wikipedia... 
apa perasaan semua ilmu perlu dibayar???
aku suke je amik info dari Wiki.. 
Wiki macam dah kamus dan ensklopedi bergerak aku nak cari maklumat dan gosip.. 
hahahaaahaha banyak ok ilmu dari wiki aku amik.. 
google jugak... bayangkan.. bayangkan.... 


lagi sumber :: http://www.theverge.com/2011/12/22/2648219/stop-online-piracy-act-sopa-what-is-it


pppsssttttt :::: dunia bawah jajahan kuasa besar Amarika.. sume la nak ikut cakap die..

2 Doa:

Ardini Humaira said...

hampir2 dni tak faham tadi apa so pa so good hehe

Bitt (double IS) said...

wikie blackout...hahahhaa mereka takut...sudah menghantui mereka balik...opss dlm internet ada hantuuu..ahhahhaha