Sumbangan Ikhlas...

mSr Pictures

kami menyediakan khidmat fotografi...jika ingin bertanya mengenai pakej... sila email ke
pidah_kawai@yahoo.com / cruelboy81@yahoo.com

017-3930095 (shariff)

Mari tinggalkan jejak anda di sini.. nanti saya gi rumah awak lak..

Pages

Friday, January 20, 2012

Level 10 : Merah... Fakta tentang Merah


10 Fakta Menarik Warna Merah

1. Dalam Ebers Papyrus (buku perubatan Mesir purba), warna merah digunakan untuk tajuk bab, nama penyakit, berat dan dos ubat.


2. Warna merah bermaksud “cantik” di negara Rusia. Di India warna merah adalah simbol bagi tentera. Bagi bangsa di negara China pula, warna merah dikaitkan dengan musim panas, api dan arah selatan.


3. Perkataan “ruby” berasal dari kata Latin Rubens yang membawa maksud “merah”.


4. Terdapat sekurang-kurangnya 23 warna berbeza (shades) daripada krayon merah.


5. Melihat warna merah boleh membuat jantung anda berdegup lebih cepat.


6. Warna merah membawa maksud kekuatan, ghairah, keberanian, penting, keinginan yang tinggi, kekuatan, kelajuan, cinta, hati dan kehangatan.


7. Warna merah boleh menyebabkan kegelisahan dan insomnia jika digunakan di bilik tidur tetapi bagus digunakan di dalam bilik latihan atau tempat permainan.


8. Ahli fesyen mengesyorkan mereka yang ingin menghadiri temuduga atau pertemuan penting supaya memakai pakaian yang mempunyai  sedikit percikan warna merah. Ini kerana warna merah melambangkan personaliti kekuatan, ketegasan dan kepimpinan.


9. Cahaya merah adalah cahaya yang pertama diserap oleh air laut sehingga banyak ikan dan hidupan invertebrata di dalam laut berwarna merah.


10. Warna merah terdapat dalam semua bendera negara Asia Tenggara kecuali Vietnam.


4 Doa:

::EIDA:: said...

Ida suka merah tapi tak sesuka pink hehhe.. tapi kalau barang2 memang suka amik merah.. tak tahu kenapa.. contoh, frame gmbr, rak... kalau boleh kusyen pon nak merah!! hihihi

ejaMaria said...

merah... merah... klu melintas kena marah... ;p

C.I.N.T.A said...

aku sangat suke merahh.. merah tandanyer berani.. ☺

Bitt (double IS) said...

cantek la ikan merah tuh...