tak tukar sebijik pon perkataan dari blog beliau...
untuk renungan kita semua...
Sumber Artikel:
http://www.soutulmujahid.com/
Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung
kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat
sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca.
Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran
zaman.
1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit
terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak
menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni
dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.
2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk
tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang
percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang
semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi
tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf
dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak
lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala,
sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7
subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin
menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...
4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik
dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol
unta.
Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka
yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang
mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul
orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,
berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala
mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang
senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan
dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah
tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim]
5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah.
Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum
syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite
kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung
yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi,
tapi lu fikirlah sendiri...
6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana... Tak terkata. Fesyen? Entah... Mungkin pembaca lebih arif
7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi
ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk
dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus
memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.
8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut
hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak
ketat, dan menutup dada :)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,
atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka,
atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara
perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka
miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan
(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat
wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
*****
Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak
sentap je. Baguslah kalau anda terasa. Tapi terasa je tak cukup. Semoga
kalian menjadi muslimah sejati yang menjadi pendokong deen Allah.
Amin... :)
Sumber : http://meriahuoll.blogspot.com/

cara
pakai tudung ni mudah je...anak tudung..belasah je anak tudung
apa...pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung
tarik...siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni....

tudung
ni pulak mmg biase...makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..tudung
bawal katanya...ujung tudung selempang kiri dan
kanan..siap...pantas....

ade
satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer...ape lagi amik tudung ikat
ke ..ala2 mudah dan cepat...so makcik2...paling sesuai ketika hendak
kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah...

ha
macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar...kadang tu sampai tutup
kening....ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya....ni yang
menekankan penutupan aurat ni...

tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya...ikat belakang...jalannnn...lalalala

bila
dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya...ikat..gulung2
kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap...wardina x muka akak?...

bila
wardina punya tudung populer...ade lagi tudung baru..tudung binda
katanya...nak jugakkk.... kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka...chantek
sangat aku....

then
kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap...mudah
cepat....macam2 kaler ade...pelangi..tompok2..ko cakap je...(dah macam
jep sepah dah akak)

di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya...variasi katanya...yer kerr...

ni tudung ala2 mak datin...bagi nampak rambut...ala2 kelas tanya..bagi nampak remos....jambul...ko mampu?

pernah
nampak orang pakai tudung cam ni?...ni ala2 fesyen penjual kain orang
kampuchia...meniaga katanya ..panas...bagi nampak telinga..senang nak
tawar menawar harga kain...bagi jelas dengor...
so wardina dah ade tudung...binda dah ade...so akak nak jugak...akak namakan tudung senduk...
langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase...tudung bawal lagi bagus...
langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru...
langkah 3: amik tudung lain corak2...bendera juga boleh yer...
langkah 4: amik tudung warna tadi...letakkan di bawah dagu....ala2 nak gantung diri gitew
langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat...pastikan nak bukak mulut pun susah yer....
langkah 6: ikat reben..pastikan kemas...
tadaaaaaa...siap.......chantek kan...
nak
cantek lagi letak keronsang..penambang gaya...dah siap tudung
senduk....gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal
mertua...melawat saudara di hospital tampoi...
kalau
nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai
warna asas....untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua
belah lubang hidung...
gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian...
sekian terima kasih
selamat mencuba...
pppssssttttt :::: hahahahahahahahha minta halal ye incik kumbang jingga....