Sumbangan Ikhlas...

mSr Pictures

kami menyediakan khidmat fotografi...jika ingin bertanya mengenai pakej... sila email ke
pidah_kawai@yahoo.com / cruelboy81@yahoo.com

017-3930095 (shariff)

Mari tinggalkan jejak anda di sini.. nanti saya gi rumah awak lak..

Pages

Monday, December 12, 2011

Episod 336 : It Takes Two to Tango...

mak aku selalu cakap macam ni.. 
eh ye ke??
mak ni kadang-kadang banyak pepatah englinsh yg patah kuar dari mulut ia.. 
hehehe tetibe nk puji mak sendiri boleh?
well.. masa skolah dulu aku pernah d cop berlagak sebab suke bangga dengan mak sendiri...
dah tu.. sapa lagi nak bangga dengan mak sendiri kalau bukan anak beliau kan?
takkan la ko asyik nak cakap... 
"mak aku orang kampung, tak keje.. dok umah je.. baju pon buruk.. tak pandai mekap..."
owh no... bukan senang nak cari mak macam mak aku.. hahahah sebab mak aku tu je la mak aku..
eh boleh kah?? layannnn.. 
tak suke nasib la... sile la belajar bangga dengan mak sendiri okey...
sok dah ade anak mau ajar nilai-nilai murni kat anak sendiri la.. 
suruh bangga dengan mak sendiri.. (eh macam tu pon leh?? gile glemer mak ko ni nak)
haaha

ehh apasal cite mak... orang nak cite benda lain la.. 

aku tak tau mana aku amik... yang aku tau aku jumpa kat dalam note-note yang aku save kat dalam hard disc aku nih.. untuk nota sesama kite.. (dan tak tau gak..pernah tak aku post kan benda ni)




Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.





 pernah terfikir masa dalam perjalanan ke pejabat.. sampai bile akan ucap I Love Yu kat suami? adakah ia nya tulus dari hati suci masing2?? 
balik rumah tengah lelepak dengan abgnakkal terus tanya... 
jawapan yang mudah.. 
sampai bila nak cakap I Love Yu kat sayang?? - Sampai bebile..
adakah datang dari hati yg tulus.. - of kos...
apa jadi kalau tak cakap I Love Yu satu hari - Macam ada sesuatu benda yang lupe buat pada ari tu...
hohoho ho... my husband is fierce like lion.. but soft inside like puding.. hahahahahaha







ppppsssttt ::: baru bajet nak wat PJJ (perkahwinan jarak jauh).. tapi bile baca balik kata-kata kat atas ni.. mcm kena tarik balik je PJJ tu.... adehhh sapa ade keje kosong.. bak mai...

3 Doa:

PUANSTOBERI said...

Eh. Nak PJJ plak...??

cikbedahlaser said...

xde keje.. nk blk kg la.. uhuhhuhu

Bitt (double IS) said...

gud info hehehe