Mengenang masa lalu yang sudah berlalu...


okeh.. mari kite cite ikut kronologi hidup
boleh??
ingat tag line kite...
CITE BASI TAK MENGAKIBATKAN CIRIT BIRIT

cite ni terjadi 19-21 November 2010 lepas..
aku telah memaksa abgnakkal balik ke JOHOL..
jadi malam tu baru balik..
driver of kos la abgnakkal sayang...
teman sebelah?? tidoo.. hahahahah
janji-janji manis sebelum kereta bergerak...
"nanti separuh perjalanan sayang drive pulak"
manis sungguh ayat dan janji si isteri...
walhal.. baru masuk highway dia dah tido sambil membiarkan suami bercerita seorang diri..
kesiannnn....

Sabtu...
lepak je.. tak ke mana pun..
Tampin tidak, Ulu Bendul tidak, Bahau pun tidak...

petang tu ajak abgnakkal pusing-pusing Inas...
naik motor...
sambil lalu kat kawasan jajahan abah aku...
saja nak mengimbau kenangan dulu..
masa kecik-kecik..
petang-petang dalam pukul 5...
lepas jemput kami dari umah wan di Pekan Johol (kami tinggal di Kg.Kuala Johol, sekolah pulak terletak kat belakang umah wan..tu yang balik umah wan)
abah akan bawak kami jalan-jalan pusing kampung..
masa tu.. masing-masing mesti rebut nak duduk kat seat depan...
pastu duduk kat tingkap...
main lawan angin...

masa tu kan kecik lagi...
dalam umur sekolah rendah masa tu kan..
jadi satu seat kongsi sampai 3 orang..
hari ni jalan kat Kg. Kabong..
esok masuk Gating keluar Ulu Inas...
lusa.. masuk kat Senibai.. keluar kat Kg. Kabong..
ala..kawasan kampung.. masuk sini..keluar sana..
kawasan Inas besar jugak...

pastu.. abah berenti kat jambatan batu kat Kg. Kabong-Kg.Tanah Baru tu...
situ orang kurang lalu..
jadi kami main baling-baling daun...
sambil main lumba-lumba daun...

balik tu.. rebut lagi...
sedar-sedar dah lelap kat tingkap tu....
sampai rumah dah maghrib...
siap sedia untuk malam pulak...


jadi balik kampung aritu..
saya ajak abgnakkal pusing-pusing kampung..
ehh tetibe lak saya...
aku ikut balik jalan-jalan yang abah bawak kami jalan-jalan dulu...

kalau balik kampung aku memang suka naik motor dan jalan-jalan kat kawasan abah bawak tu..
sampai masa sekolah menengah dulu..
aku akan bawak pulak Umi dan Linda jalan-jalan kat situ..

owwhhh..
memori sungguh lah..
dan... semua tu tak boleh diulang semula..
sebab aku dah 'BESAR'..
ahahahahahahahahahah

ni kat Pekan Johol.. amik gambar masa otw balik KL...


ni baru masuk simpang ke Inas... lokasi tepat.. simpang Kg. Kuala Johol..
situ kubur..atok-atok saya 'tido' kat situ...

.

ni berhampiran simpang Senibai-Ulu Inas dan Dingkir



Ni Masjid Gating...


alamak.. tak jelas lak signboard Kg. Kabong




ni kat kawasan Sekolah Kebangsaan Inas.. dalam kawasan Kg.Kabong lagi..




ni trademark JOHOL kot... lembu dan taik lembu..
opppsss taik xde ye... busuk...
hahahahahahhahaha




pppssstttt :: kalau ingat zaman kanak-kanak...aku mesti rindu kat abah.. abah garang.. tapi penyayang... heheheheh sayanggggg abah saya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oreo Shake terlebih Shake


selamat sore teman-teman..
sebenarnya banyak nak cerita..
tapi tak taw nak start kat mana.
jadi kita buat sikit-sikit la ye...




kita mulakan dengan makanan dan minuman...
ok tak?
sebab mood tengahari kan...

ingat tak hari tu aku cerita pasal Oreo shake??
jadi aku telah buat sendiri
menggunakan bahan-bahan yang aku ada..
gigih pergi beli susu HL kat ESSO belakang rumah ni..
masa kat ESSO tu bangla cashier tu tanya..
mana pergi.. lama tak nampak...
owhhh ade jugak yang sedar kewujudan aku kat sini..
ye la..ESSO tu tepi highway.. orang bertukar ganti...
boleh pulak bangla tu ingat aku.. uhuhuhuhuhuh
ehh cite bangla lak....

balik dari ESSO.. pergi beli OREO..
sampai rumah..
aku masukkan je susu, oreo yang dah dibuang filling dia dan ais..
kemudian kisar...
ehehehehehe



rasa dia..
kurang manis..
tapi salah ukuran ni..
kalau nak wat ice blended..
ais kena banyak...air/susu kena sikit...

tak pe layan.. asalkan boleh minum...
yang pasti...sedap.....






khas untuk korang.....




pppssssttt :: dalam memasak ni.. jangan takut nak mencuba... cuba try test je.. kalau tak cuba kita tak tahu apa rasa die... hidup jangan takut mencuba... ok? good luck...!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Kita Buat Ujian Pap SMEAR



sebelum cerita lebih lanjut..
meh kite baca info pasal PAP SMEAR

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia <>
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

sumber : alamhamil

setiap kawan-kawan yang aku tanya..
mesti jawap.. PAP SMEAR SAKIT...
tapi bagi aku tak...
memang la rasa die macam... ngilu-ngilu sikit..
sebab ada benda masuk tanpa pelincir kan...

tadi aku pergi buat ujian PAP SMEAR...
nurse yang buat itu perempuan india.. (Nasib la perempuan...aku dah takut-takutkan abgnakkal cakap doktor lelaki...ahahahahah)
baik..peramah...buat kerja perlahan-lahan... tapi buat kita rasa selesa...
siap promote ubat kurus lagi...
ayat die.. "Kalau nak try ubat tu.. datang cari akak kat sini ye... nama akak THANGAM"

mula-mula die suruh tanggal inner sume...
dan start dengan payudara dulu...
nak cek kot-kot ade lump...
yang aku pelik..aku adalah sangat rilek...
tak de lansung rasa malu.. malu-malu kucing je kejap..
mungkin selesa kot dengan nurse tu...

lepas cek payudara..
nurse tu suruh kangkang macam orang nak bersalin..
kemudian dia cakap..
jangan keras kan badan..dan jangan lawan..
kalau awak lawan.. nanti rasa sakit...
memang sedaya upaya tidak mengeraskan badan..
buat macam biasa je...

terasa la benda keras dimasukkan ke dalam faraj
dan ade sesuatu lagi dimasukkan ke dalam...
tak sampai 5 minit..
siap...
sempel lendir pada pangkal rahim....
macam nota kat atas ni tulis...
lendir tu akan diletak pada slaid

macam ni.. (gambar dr alamhamil)

setiap orang yang di uji..
akan menggunakan satu kit..
pada setiap kit..
akan terdapat.. brush halus macam basuh botol susu tu..
satu kayu tu...
dan slaid..
slide akan dihantar ke makmal hospital untuk di'smear'
dan misi telah tetapkan tarikh untuk ujian akan datang...
setahun lagi...
wanita yang sudah berkahwin eloklah pergi PAP SMEAR...
tidak sakit ok...


ujian akan diberitahu dalam masa sebulan...
kalau keputusan ujian tak dapat dalam masa 2 bulan..
boleh pergi terjah itu klinik/hospital...tapi jangan bawak Naz Ahmad..
nanti malu masuk MELODI...

lepas tu... Misi tadi suggest kan aku pergi jumpa doktor...
minta surat sokongan untuk gi jumpa pakar sakit puan...
dapat la surat..
nanti kena pergi Hospital Serdang..
aduhhh satu hari lagi di Hospital kerajaan...
cuti la jawabnye..
hehehehehehehehheheh
minggu depan la...masa Isnin... Selasa kan cuti.. eheheheheheheh

kesimpulan dari cerita saya adalah..
PAP SMEAR tidak SAKIT...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

INFO - Demam

Demam

Pengenalan

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam.

Penyebab Demam

  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah

Rawatan

Rawatan dirumah :

  • Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika anda mempunyai gejala yang serius :

  • Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara.
  • Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
  • Sakit perut, mata atau tulang pipi.
  • Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
  • Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
  • Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
  • Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
  • Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
  • Demam berkaitan dengan kecederaan

Pencegahan

  • Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
  • Mengamalkan kebersihan .
  • Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Soalan Lazim

Bagaimana Mengukur Suhu Badan?

  • Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari farmasi untuk mengukur suhu badan.
  • Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat yang dimasukkan ke dalam mulut.
  • Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
  • Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
  • Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang rendah).
  • Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.

Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga Atau Perubahan Warna Kulit?

  • Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
  • Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.

Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor.


SUMBER - MyHEALTH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

INFO - Batuk

Batuk

Pengenalan

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza

  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)

  • Alahan

  • Asma

  • Merokok

  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)

  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja

  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)

  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)

  • Tekanan

  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.


Rawatan

  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.

  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.

  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.

  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.

  • Berhenti merokok

  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu

  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.


Bila anda perlu berjumpa doktor?

  • Batuk yang mengeluarkan darah

  • Baru pulang dari perjalanan luar negara

  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu

  • Semput / sesak nafas, sakit dada

  • Demam yang berpanjangan

  • Mengandung

  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)

  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)

  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan


Pencegahan

  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik

  • Minum banyak air

  • Tangani tekanan dengan baik

  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema

  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok

  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan

  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)


Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada gula-gula ubat batuk?

Tidak.

Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.


Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?

Tidak.

Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan anda mengantuk / lali.


Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk dan selesema?

Tidak.

Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang dengan sendirinya.


SUMBER - my Health

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

minggu Tisu...si hati tisu


owhhh....
pagi yang lembap..dan tindakan pun lembap...

aritu dah rasa dah..tekak kering semacam..
rasa kasar je...
dah dapat agak dah tu....
ni mesti nak selsema nih...

jadi semalam...
hingus sudah menyapa dengan girang dan gembira hidungku...

sekarang hidungku dipenuhi mukus-mukus yang tidak diingini..
owhh sangat menggangu....

batuk pun nampaknya sudah mula menjalankan tugas
bagi mendampingi sahabat baiknya... si selsema...

apakah yang bakal mendampingi aku selepas ini?
the mamam?? atau the pengsan??
owhhhh tidakkkkkk....



ppsssttt :: tak best la kalau demam masa abgnakkal tak de..nanti tak de tempat nak manja mengada-ngada... owhhhhh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Korang Ade petua tak???

Minggu ni sibuk betul..
ingatkan hari ni tak sibuk...
sekali kena jugak buat-buat sibuk,,,

tadi dah pukul 3 lebih tetibe je bos bagi arahan
"Pidah, pergi KLCC amik gambar incik Hazrul dan kemudian terus hantar ke Wisma Putra"
aku ni pergi dengar KL sentral...
sampai je KL Sentral aku call balik bos aku..
dia bising la..sebab aku salah pergi...
kemudian..redah la jem kat tengah-tengah KL sana.. pergi KLCC...
Dalam pada jem tu...
aku ni tersengguk-sengguk tidur..
aku tak tau la kenapa..penat je rasa badan ni..

dah sampai KLCC..amik gambar pada cik azrul..
terus wwwoooossshhhh pergi Putrajaya...
layan lagi jem kat jalan Tn Razak tu..
dah masuk MEX baru ok...
sampai Wisma Putra dah pukul 5.20++
kaunter dah tutup..
nasib ade lagi staff kat dalam..
setel keje terus balik ke opis balik...
dalam perjalanan..
aku tidur lagi..

dah la tadi naik dengan pemandu JKR..
pertama kali jumpa lak tu...
malu ai yu....

ni sekarang tengah lepak kat opis..
bagi cool down ngantuk nih..
aku risau kang aku tido sambil drive...

korang tau kot..
aku ni suke tidur sambil memandu...
bahaya kan?
aku pernah tertidur..sedar-sedar...bas ade depan mata..
bas tu nak tukar lane...
badan dia dah masuk separuh...
aku pulak jalan je..sebab tengah tidur kan..
nasib aku sedar..
kalau tak sedar..aku rasa aku kat hospitallah masa sedar nanti...
banyak lagi kejadian lain...
syukur allah pelihara aku sepanjang perjalanan...
badan macam dapat tindak balas cepat pulak bila nak kemalangan..
tapi tak suka la benda macam ni jadi...
bahaya untuk aku dan orang lain....

aku dh try buat macam-macam..
tapi tak boleh..
kalau menyanyi masa driving..
lagi aku mengantuk..
makan masa drive?
tak boleh elak sangat...
masih ada efek mengantuk tu....
tampar muka cubit lengan tu dah biasa dah..
badan tak heran..


jadi kawan-kawan ku..
ada tak petua/tips/cara nak elakkan tidur semasa memandu...


kalau petang..aku boleh stop tepi jalan untuk tidur dalam 5 minit..
tapi kalau masapagi nak pergi kerja.. tidur kalu..merah la...
tidur secukupnya?? weeknd selalu memang aku akan qada' tidur seminggu..
tapi masih tak de efek..

macam mana ye kawan-kawan


pssstttt :: ke sebab tidur atas tilam baru jadi camni nih???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Natrah...Cinta dan Air Mata...








tetibe aku terminat nak membaca cerita pasal Natrah ni...
Align Center
ni antara kronologi kehidupan NATRAH

Kisah Natrah:


  • 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
  • Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
  • Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
  • 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
  • 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
  • September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
  • 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
  • 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
  • 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
  • 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139,Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
  • 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undangBelanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
  • Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
  • 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
  • 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
  • Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
  • 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dansepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
  • Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
  • Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
  • Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
  • 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
  • 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
  • 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
  • 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
  • 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt danMansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
  • 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
  • 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
  • Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
  • 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
  • Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
  • Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
  • 9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemiapada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama - wikipedia


Sumber: Amanat Natrah | MalaysiaSensasi.Net


sekarang tengah main ni... kalau la dapat pergi...


ni gambar asal.. sumber google


mungkin kena beli bukunya la....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kurban at IN - part 2

ok.. ni sambungan cite lepas...

lepas je potong-potong daging tu..
yang baki orang dapur amik buat masak....
tengahari tu..
kami bersama-sama solat zuhur, takbir dan tahlil...

lepas tu sesi pengagihan kepada ketua-ketua jabatan...

lepas tu sesi makan..

lepas tu sesi tapau....
yang ni sesi paling best la kot..
ehehehehehehe

daging kurban tu.. tak buat ape-ape lagi...
sebab tak masak lagi dalam masa seminggu nih...
ahahahahahaahh

solat jemaah...

jemaah pompuan tak ramai pun...


takbir dan tahlil...


orang-orang domestik... tolong sediakan makanan..


ni daging-daging yang akan diagihkan



KPP wakil bagi admin


makan berdulang macam ni memang best....


lauk untuk hari tu..
gulai daging + tulang, sup tulang + daging, air asam dan kerabu perut...
alhamdulillah..


last sekali...tapau... untuk dinner


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kurban at IN - part 1


seperti yang pernah aku bagitahu aritu...
cerita basi tidak boleh mengakibatkan cirit birit

ni cerita 18 Nov 2010 punya...

opis kami seperti tahun lepas buat Qurban..
kalau aku tak silap ada 2 ekor lembu yang telah dikorbankan...
lembu dah siap potong siap-siap kat rumah penyembelihan...
jadi datang pada kami tinggal nak potong-potong dan agih-agihkan je...

seronok tengok pekerja-perkerja semua ni bekerja..
dan yang best nya..
bos pun turun padang jugak...

'orang besar' tak turun la...
tahun depan kita try ajak die pulak ok??

gambar lain-lain ada kat fesbuk...
heheheheheheh

yang berdiri tu... kepala mandor

ni chip besar....

yang rambut tegak tu bos kecik....

mamat ni sempoi..baju batik dh la putih.. die rilek je potong daging...

ni daging...
orang


tu bos..


banyak ni je leh dapat.. ehhh ni utk orang yang ade bahagian korban kot...



untuk di agih-agihkan



arini nak sambung busy....

chaiyokk chaiyookkk

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Busy Lagi.. adoi la

alamakkkkk

arini busy lagi...
kejar sana..kejar sini...
sampai tadi sempat tido jap dalam kereta
dalam perjalanan balik opis...
tak tau la mulut ngango besar mano...
driver tu layan je.. sebab driver-driver opis ni memang taw dah buruk perangai aku

tapi hari ni terjadi sesuatu yang seronok...
peluang yang tak semua orang boleh rasa...
hehehehehehehe

dah dah..
malam ni ade majlis lagi...
Laos datang ni...


Queen...jangan jeles kan dengan tidur tiduran ye


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sibuk tetapi Mengantuk..macam mana nak buat??

dari pagi tadi try nak update..
tapi tak de entry nak buat...

petang ni.....
ni je la yang dapat dikatakan...




aku sibuk.....
sangat sibuk....





tapi
mengantuk tahap cipan lapar...
aargghhh
nak tido....nak tido..nak tidooo..

asal la ade keje urgent lak nih....

kenapa???? kenapa???!!!!!!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fall in LOVE all over again...


dulu tengok kak eynda minum/makan benda ni...
kat KFC seksyen 13 shah alam tu...
pastu mula la berangan nak minum gak..
pergi KFC lain tak de...
rupanya selected KFC je...
tapi tak cari lak..
pastu lupa... dah tak ingat dah...


baru-baru ni masuk blog Mama Zharfan...
dia kat Nottingham, UK..
kat sana panggil Krushem (short form utk Crush them kot...)
kat sini panggil Krusher...
kat sana ade caramel...

jadi tadi aku pun telah meng'usha' KFC.com.my
ye..telah jumpa poster itu..
KFC yang dipilih kebanyakan nya terdapat di SHAH ALAM.....
kat KL ade kat Sg. Wang je.....

jadi...
aku rasa...baik aku buat sendiri...
jadi petang ni...nak beli susu kotak/HL/fresh milk, oreo dan ais...
kemudian kita crush mereka kedalam mesin basuh...ehh mesin pengisar...
jangan lupa keluarkan krim yang ada pada Oreo tu...
ok??

gud luckkkk kawan-kawan...
esok kita kongsi gambar ye??
insyaallah



pppssssttt :: aku adalah orang yang suka order sirap...aku sangat suka sirap...pernah aku order air macam ni... ade yang perli....'pidah dah tak layan sirap dah sekarang...' ehh wat the...
sebenar nya aku suka test air pelik-pelik...sampai kalau nak lepak minum-minum dgn abgnakkal...aku suka tetapkan sharat pemilihan kedai...mesti ada air pelik-pelik... hehehehehehe


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Klinik (kerajaan) Kesihatan Seri Kembangan......

gambar fail

salam isnin..
mood cuti dalam kepala lagi nih...
sape yang masih cuti?
memang over ko..
owhh cikgu...patut la cuti..
uhuhuhuhuhuhu


pagi ni...
aku telah mengambil keputusan untuk ke Klinik KERAJAAN Kesihatan Seri Kembangan
masa datang baru pukul 8++...8.05 kot...
nombor giliran adalah 1021
dan nombor pada tangan aku adalah 1077...
itu untuk pendaftaran je ye kawan-kawan...

pukul 9.17 ke 9.07 baru dapat bagi kad coklat tu kat Puan Pendaftaran linik...
jumpa doktor bilik no.1
perut pulak daripada tadi buat hal..
toilet pulak ade 2 pintu je..
rebut la dengan ibu-ibu mengandung dan pesakit lain yang nak amik sampel air kencing tu...
aduhhh
toilet pulak tak de kunci...
aduhhh lagi...
aku sendal dengan penyapu yang ade dalam toilet tu je..
aku rasa memang tu la fungsi penyapu tu..

sampai giliran aku...
aku pun cerita la masalah aku pada doktor...
sangat bersyukur dapat doktor perempuan..
owhh...
tapi aku lupa pulak nak cerita masalah telinga aku....
ahahahahahha
kang banyak sangat pulak penyakit nak cek...

dapat ubat cucuk tuttttt dan ubat henti darah...
owhhh.....

minggu depan datang buat pap smear...
korang tahun ni dah buat pap smear?
aku baru pertama kali nak buat...
owhhhh....
sangat teruk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baby and Me....








malam tadi layan movie Baby and Me...
cite korea...
menarik....bagi aku la....

dan part yang best..
baby dia comel....
sangat comel....

baby woo hram...

nama betul dia Moon Mason...
mix kot...

gambar gambar ni diambil dari blog....http://14sept.blogspot.com
dan blog http://dozti.wordpress.com

ada lagi gambar.. versi besar...
tapi tak sure tu Moon ke tak...
sebab blog tu bahasa luar yang aku pun tak faham maksud dia..
malas nak gugel translate kan...
hehehehehehhe

comel kan kan kan.... klu ngandung elok tengok nih...mana tau kenan....hahahahhaha




sangat la comelllll...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Brides War VS Friends Forever






aritu masa google gambar kawin...
terjumpa poster nih...
dah pasang niat nak cari cerita ni..
sekali sepupu aku si Padil datang umah JOHOL malam tadi..
nak sedut movie...
aku nampak cite ni dalam folder dia..
haruslah aku sedut..srrootttt srrootttt masuk dalam external HD abgnakkal yang gabak itu

kesulurahan cerita..
menarik...
banyak pengajaran untuk orang yang tengah berfikir-fikir nak kawin...

ceritanya pasal
2 orang gadis (gadis lagi ker??) berkawan sangaaaatttt baik...
tetiba dua-dua dilamar oleh pakwe idaman hati mereka...
jadi dua-dua ada 'dream wedding' dorang..
dan berkongsi 'dream wedding yang sama pulak tu...
jadi dorang amik pendekatan..
kawin di bulan yang sama tarikh berlainan...
sekali wedding planner tersilap tulis...
dorang tulis... tarikh yang sama..

jadi keadaan tu telah menyebabkan mereka bergaduh...
sebab nak yang terbaik...
dan idaman dorang kan sama..
tentulah nak barang dan keadaan yang sama..

pung pang pung pang...
gaduh gaduh..
sana sabotaj sana...sini sabotaj sini...
akhirnya mereka sedar...
bergaduh tiada gunanya...
dan mereka rindu akan kemesraan ikatan sahabat mereka...
macam ayat cite omputih selalu...
"and they live happily ever afterrrrrr"

masa dorang gaduh tu...
terus aku teringat entry "Kau Rampas Kekasihku"
macam kata kawan-kawan yang komen la...
kawan juga adalah kekasih kita...

sebelum jumpa dengan pakwe/suami kita...
kawan-kawan la tempat kita mengadu domba...
aku pun menghadapi masalah nak maintain dengan kawan aku masa aku dah ade Abgnakkal dulu
mula-mula..
tiap-tiap malam keluar dengan kawan aku..
lepas dah jumpa abgnakkal aku asyik kuar dengan dia je....
kawan aku tinggal sorang-sorang.....

kenapa aku asyik terkenang-kenangkan kawan-kawan aku??
sebab seronok tengok orang lain bahagia dengan kawan-kawan dorang....


ni kawan dari sekolah lagi...
yang tudung ungu dah kawan sejak umur 6 tahun....masuk tahun depan sudah 20 tahun kawan dengan dia...
yang tudung hijau gelap tu dah satu kelas sejak darjah satu...tapi baru perasan kewujudan dia masa darjah 4...ahahahhahahahah
dia low profile... aku gila kuasa... masa darjah 4 baru dia menonjol...
lepas tu terus melampau-lampau menonjol... kami panggil dia genius...


ni lak kawan-kawan sama susah masa ILP dulu...
yg pakai spek tepi sekali... aku anggap macam kakak... tukang komen..tukang bebel aku...sebab aku malas...
yg pakai spek belkang tu... mangsa buli... peneman time dating dan gi kelas..
yg mcm muncung ikan tu.... errrr ape tugas ko ehh... tukang kutuk kot... teman gosip...teman gaduh... teman buat kecoh.. ahahahhahah


miss good old days...
kita setiap saat semakin tua..
yang lepas tidak mungkin kembali dan berulang lagi...
kalau terjadi pasti ianya tidak sama...
masa dan kejadian mematangkan kita..
supaya kita menghargai masa yang telah pergi..
kejadian yang terjadi... pasti akan jadi sejarah yang manis
walaupun ianya tidaklah semanis yang kita sangka dulu...
tapi ianya bermakna kerana kejadian itu lah yang mengajar kita erti kehidupan....



terima kasih kawan, sahabat dan teman....

pppsssttt :: korang pun kawan aku jugak...aku sayang korang... hidupkan tak bermakna tanpa kawan-kawan.... hargailah kawan-kawan korang yang lain... jangan tikam kawan dari belakang...
sesorang pernah cakap...kawan yang baik..takkan mengata perkara buruk pasal kawannya dengan orang lain... macam tu la jugak dalam perkahwinan.... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kau Rampas Kekasih aku...


korang pernah tak hadapi atau menghadapi
situasi di mana korang berkahwin...
dan ade seseorang yang menjauhi korang..
orang tu kawan baik korang sendiri...
kawan yang amat baik...
BFF la senang cakap...

atau

situasi di mana..
korang sendiri yang menjauhkan diri daripada kawan korang
lepas kawan korang selamat menjadi milik orang lain....


aku pernah hadapi kedua-duanya...

situasi 1..
kawan baik aku....
masa aku bujang dulu..
dia la teman lepak.. masa tu aku dudk Vista Angkasa..dekat LRT Universiti...
dia pulak duduk area Bangsar...
kitorang memang baik la...
asal malam.. lepak sama-sama..
tak de arah pun lepak gak..
pergi shah alam.. makan kat jalan 223.. pusing town...
kawan aku ade kereta.. lagi la ligat kami jalan..
sebelum ade kereta..ktorang jalan-jalan naik motor kapchai aku..

lepas aku kawin...
dia menjauhkan diri daripada aku...
aku ajak keluar tak nak...
dan masa tu dia macam tak nak berhubung lansung dengan aku...
dulu rajin sms...
walaupun satu perkataan.."woi.." "alooo..."
tapi sejak kawin... dia lupakan aku...
dan sibukkan diri dengan pakwe dia...

tapi sekarang dah ok balik...
kadang-kadang aku ajak dia lepak...
dia ok...
dan kebetulan dia ade masalah ..
syukur..dia dah baik balik dengan aku...
dan dia sendiri cakap...
dia memang terasa abgnakkal rampas aku daripada dia..
lebih-lebih lagi.. kami kawin secara mengejut...

situasi 2...
adik aku... dan kakak aku...
kami ni nak kata baik sangat...
tengok pada dasar nye...
macam anjing dengan kucing...
gaduhhhhh manjang...
sampai abah ktorang pun dah malas nak layan...
asal gaduh ngadu dengan abah...
"akak marah dengan orang..."
"kak lang tu bongok la...."
ayat abah...
"maleh la nak layan korang ni...gaduh yo.."

tapi lepas kawin....
adik aku sedih...
dia rasa dia dah kehilangan aku..
jangan sedih imah.. cikdah ade je sini...
keadaan dan kedudukan yang buat kita jauh...
mungkin juga sebab lepas kawin aku jarang balik kampung...
dulu 2 minggu sekali.. lepas kawin aku peruntukkan sebulan sekali je...
sebab aku ada dua rumah untuk dilawati....

kakak aku...
pernah cakap...
"my love to you.. not like a baby sister lagi... sayang you dah pada suami you.."
sedih?? aku sedih la...
even dia kucing..aku anjing....
aku tetap sayang akak-akak dan adik-adik aku...owhh abang jugak...

situasi 3...
ini bukan berkaitan dengan kawin...
tapi 'anak'

aku rapat dengan sorang akak ni...kat opis...
dia kawin bulan 7 aritu...
lepas kawin... tak de tanda-tanda dia preggy lagi...
tapi awal bulan hari tu..
dia yang masa tu di London sebab kerja..
tiba-tiba tulis kat FB yang ada kabar gembira utk suami dia...
perasaan aku masa tu....
sedih...kecewa...mengenangkan diri sendiri...
aku tulis kat wall...
akak tu baca.. dan terus delete status dia mula-mula tadi....
lepas dia balik dari London...
aku lansung tak bercakap dengan dia...pandang muka pun tak
sedangkan aku ni pantang nampak dia...
ade je benda nak borak...

aku ambik masa beberapa hari untuk kuatkan semangat nak bercakap balik dengan dia...
well itu rezeki dia.. rezeki aku mungkin ada kat depan sana...
tak lama dah..sampai la nanti tu...
insyaallah....




kadang-kadang kita tak perasan...
dengan tindak balas kita dengan berita gembira yang orang lain bawak...
perasaan takut kehilangan dan tergugat...
biasanya akan mengakibatkan situasi macam ni...

kalau ada antara korang yang sedang menghadapi situasi ni...
jangan putus asa untuk rebut kembali hati kawan/adik beradik korang...
mak bapak jugak biasa buat perangai macam ni.. nak-nak masa anak dorang cakap..
"mak.. saya nak kawin dengan mamat belakang rumah.."
perasaan protective, care dan loving tu yang buat kite jadi macam tu...

betul tak???



ppssttt :: kasih sayang rindu dan dendam.. bukan hanya antara lelaki dan perempuan je.. perempuan dengan perempuan pun boleh berkasih sayang.....

saya sayangggggg kawan-kawan saya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers

Mari tinggalkan jejak anda di sini.. nanti saya gi rumah awak lak..