Kesedihan itu satu........

salam
sejak seminggu yang lepas..
aku rasa mood bergelora yang amat..
nak-nak pulak bila tengok lautan merah melanda....
lagi la bergelora...
tengok sana-sini orang bercerita pasal cerita gembira..
walaupun aku happy tengok dorang happy...
sikit sebanyak... hati tersentuh jugak...
sedih...

sampaikan..
tengok bayi comel...
budak-budak kecik..
aku rasa menyampah...
bukanlah silap budak tu...
bukan juga menyalahkan takdir...
tapi tak nak buat hati sendiri rasa sedih...

masa pergi Carefour tadi pun...
seboleh tidak aku tak nak tengok barangan bayi, susu, pampers, mainan kanak-kanak, baju budak-budak, botol susu
lalu tunduk je kepala...
even aku toleh kepala cepat-cepat bila terpandang bahagian tu...
sedih benar gamaknya...

owhh Tuhan...
ya Allah...
kuatkan lah hatiku......



aku tak tau la ape jadi kalau hati aku tak kuat...
hari tu rasa macam tak kisah... tak heran..
tapi makin terbawa-bawa lak lately...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benda seni Bukanlah kerja senang


ni pre wed kawan saya... sekarang dia dah nak kawin dah pon..masa buat ni..dia cumalah model.ehehehe



ni shoot bulan lepas... kerja masih tertangguh


ambik gambar mugkin senang..
aim..... aim... klik klik klik....
siap...
dah jadi gambar...

tapi...
nak dapat moment dan kombinasi gambar tu bukan senang...
mood kena ada..idea kena kreatif...
orang sekarang suka gambar yang kreatif..

permainan gambar berubah ikut peredaran masa..
ada satu orang bawak perubahan..
akan ada orang lain yang mengikut peredaran...

macam lagu EXIST
benda seni bukan nya senang...



ppssssttt :: aku memang bukan orang seni... bila nak buat kerja-kerja seni mula la otak jadi tepu... aku tengah carik idea untuk pre wed esok..hua hua hua hau

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2-1 kocik bonar.... 4-0 sonyum lebar.. akhir eh..kito yang melopong...


tahniah buat kedua-dua pasukan

nampak nya ramai kat blog list aku nih sokong kelantan...

hehehehehe

tak po n9
walaupon kito tak monang pialo.
kito totap dapek masuk final...
dapek no 2 pon kigho ok la tu...
sonyum yo dapek masuk final yo tak...

taun dopan... kito hobin laie...
biar kalah bergayo....
jangan puko-puko (pukul-pukul) oghang yo...
kito totap cool...

hahahhahahahah



ppssstt:: ade orang tu tadi cakap dia mimpi aku buatkan nasi impit dangan kuah kacang... KELANTAN menang... kena la aku buatkan... kalau tak.. sorry la derr... lu ar kena buat ape yg wa suruh.... ahahahahahah ngade-ngade sungguh org SELANGOR yang sokong kelantan tetibe nih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Take Me with You...

sekarang tengah sibuk....
jadi layan gambar lama je la...
bayangkan ni blog bergambar..
eheheeheeh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kalau Abraham Lincoln ade facebook pulak...



ni pulak kalau yang orang putih lak...
hehheheeheheh
sekarang Musim ni kot..
musim..musim...








ooowwhh oowwhhh...
ada satu blog mmg buat benda ni...
menarik...
paling lawak bile cite dolu-dolu jd bahan la
perg kat blog
http://funny-profiles-story.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kepada Pemenang Contest Handphone dan Anda

kepada yang berkenaan.



saya dengan hormatnya disuruh untuk merujuk perkara di atas

2. dukacita dimaklumkan hadiah-hadiah untuk para pemenang belum dapat dihantar atau diserahkan kerana masalah peribadi penganjur. di mana penganjur tidak mempunyai masa lapang yang lapang. jika lapang sekalipun penganjur belum bersedia untuk menghantar atau menyerahkan hadiah-hadiah tersebut.

3. jangan risau, hadiah-hadiah itu sudah lama ada. cuma belum bersedia diserahkan.

4. segala kesulitan pihak penganjur dahulukan dengan sejuta kemaafan. pihak penganjur akan menhgantar atau menyerahkan hadiah kepada pemenang dengan kadar segera apabila masalah peribadi pihak penganjur telah diselesaikan.


sekian, terima kasih

Saya yang mengingkar perintah


(CIKBEDAHLASER)
penganjur yang malas



pppsssstttt :: ni adalah 'kenan' tulis memo potong gaji budak-budak opis ni la nih....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kalau lah P.ramleenye kawan-kawan ada facebook





copy dr jiwang.org

aku paling suka yang sudin dengan eton tu...
lawak la...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aliran Islam Yang Aneh.... Solat 120km/j

Jangan ketawa... tapi ambil berat...





apa yang korang tengok ini adalah

Saksikan video ini. Ia berlaku di negara seberang, Indonesia. Mereka bersembahyang teraweh dalam keadaan yang sangat aneh. Adakah ini dibolehkan dalam islam?. MalaysiaSensasi sendiri tidak tahu, kerana di sana terlalu banyak sangat ajaran. Apa yang pasti, kalau boleh eloklah kita bersembahyang dalam keadaan yang tidak tergesa-gesa

Sumber: Solat Teraweh Yang Aneh Di Indonesia | MalaysiaSensasi.Net

laju kau...
macam solat time perang lak ha...
bak kata orang yang rekod tu...
ni bukan solat...ni olahraga...
hua hua hua hua

kita kena tau...
setiap solat kena ade tomakninah..


Rukun solat ada 13:

  1. Berdiri bagi yang mampu.
  2. Niat.
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
  4. Membaca surah Al-fatihah.
  5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti sebentar).
  6. Iktidal dengan tama'ninah.
  7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
  9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
  10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
  12. Membaca salam.
  13. Tertib.
yg ni daripada wikipedia..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
  • Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:

1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.

2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga dengan lafaz atau . Syarat-syarat takbir ialah :

  • Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
  • Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
  • Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.
  • Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
  • Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
  • Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.

4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:

  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
  • Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.
  • Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
  • Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.
  • Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.

5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.

6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.

7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:

  • Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.
  • Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.
  • Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.
  • Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.
  • Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
  • Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.
  • Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.


8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:

  • Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.
  • Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.
  • Dilakukan dengan tama’ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.

9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.

10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:

Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:

  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.
  • Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.
  • Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.
  • Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris sabdu).
  • Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.


11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya . Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:

  • Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.
  • Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz “Rasulullah” atau “An-Nabiy” .
  • Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.
  • Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.

12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:

  • Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam iaitu , maka tidak boleh menggantikannya dengan tanwin .
  • Diucapkan dengan “kaf al-khitab” bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
  • Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.
  • Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama‘” yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai.
  • Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
  • Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.
  • Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.
  • Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.
  • Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.

13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

yang ni pulak dari http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/rukun_solat.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mimpi itu Indah??


setinggi pokok kah impian anda...
atau setinggi langit.
atau setinggi cakerawala..
tidak dapat digapai...tapi dapat dilihat...

hanya boleh bermimpi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Musim Apa Kesukaan Anda??



apa rasanya berada di negara 4 musim ye??
malaysia cume ada musim hujan, musim panas, musim buah, musim cuti sekolah, musim orang kawin, musim kena rompak, musim kena rogol, musim .....
banyak oooo musim.....



pssstttt ::: aku sedang usha-usha gambar-gambar lama kat photobucket nih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom jadi Gila sekejap...


http://www.shoppingnsales.com

kalau cita pasal SALE!! semua orang pompuan suka...
kalau cita pasal benda free....ramai pompuan suka...
sama macam mak Shin Chan...



aritu kak Shaya tag aku kat facebook pasal warehouse sale..
amik ko..
menggelupur la aku rasa nak pergi Shopping...

apa ada??










macam biasa...
kaum suami mesti tak faham pasal sale nih...
bagi dorang semua ini membazir...
takkkk la...
time ni la kita boleh berjimat..
cuba bayangkan..
selalu sabun Top harga dia RM13
time sale ni... harga turun jadi RM7...
kan dah jimat...
kita beli la dua... dengan harga RM13..
beli sabun lebih tak pe...
habis satu...satu lagi kita nak guna jugak nanti....
kan?????
betul tak??
jadi masa ni la nak shopping...
rasa nya shopping warehouse ni..lebih murah berbanding kat Jusco ke... Parkson ke..
kann??
jadi marilah kita bershopping...




pppssssttt :: ni adalah alasan dan pandangan sorang wanita yang berperangai macma mak Shin Chan... akula tu.. abgnakkal suka cakap aku mcm Misae... haahahahah ada aku kisah??
gambar adalah sumber google dan website shoppingnsale

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pecah Perut 3

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat
penuh sesak.
Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang
pemuda.
Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun
belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak
pemuda itu dengan lembut ke
tempat duduknya sambil berkata,
"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".
Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis
itu walaupun secara lembut.
Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali
lagi gadis cantik itu
menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat
hingga didengari oleh lain lain penumpang,
"Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih
suka berdiri."
Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk
kali yang ketiga
sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!!
Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa
punya perasan lah dia ni?!!!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pecah Perut 2

Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi, jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul, mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat awek tu
"saudari ni nak pergi mana tengah2
malam ni?"
awek tu jawab " saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?"
"errrr...bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare", mamat ni takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side
mirror dia..
alamak !!! mana pegi awek ni... "aaaaaaaaahhhhhhhh...tak kepala!!! hantu tak de kepala!!!! aaaaahhhhhhhhhhh!!!!"
mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai kedengaran, lagi kuat dia
pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia "naper abang pecut, sampai nak terkeluar
anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah saya"
rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna hitam, memanglah tak
nampak kepala....


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Jangan Minum dan Memandu
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk.
So masa on her way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time
tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.
So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira)
cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer.


semua lawak ni aku copy dari email aku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pecah Perut 1

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.
Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."
Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."
Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.
"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."
Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat, sekarang,mari saya periksa telinga makcik."


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kata tikus pertama, "Aku tak pernah takut dengan perangkap tikus. Malahan aku selalu dekati perangkap itu dengan sengaja, dan bila perangkap hendak merangkap aku, dengan senang aku elak. Macam tu lah aku mengisi masa lapang".
Tikus kedua tidak mau kalah. "Kalau aku, racun tikus tu sudah menjadi minuman seharian. Sudah jadi macam air putih aje," katanya tidak mau kalah.
Si tikus ketiga terdiam, kemudian mendadak ia bangun dan melangkah pergi. "Eh, tunggu,engkau nak ke mana?!!" teriak dua tikus lainnya. Sambil menoleh, tikus ketiga berkata, "aku ada temujanji dengan kucing!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cleaning in Progress




Salam...
sekarang ni rajin lak buat autopublish utk siang...

korang selalu tak tengok orang membuang sampah keluar daripada kereta??
oowwhh aku tak berapa suka sebenarnya...
tapi percayalah... orang pandang remeh benda-benda ni

masa kecik-kecik dulu...
kalau beli jajan makan dalam kereta...
sampai je kawasan hutan atau jauh dari orang je..
abah akan suruh buang sampah tu keluar...
manakala mak pulak larang.. mak cakap... bawak balik sampah tu dan buang kat rumah...
kesannya... sekarang aku suka simpan sampah dan buang apabila jumpa tong sampah...

sekarang abgnakkal pun dah terikut perangai aku...
Tapi dia selalu jugak terlepas buang sampah ke luar...
kalau ada aku siap la..
buang je sampah keluar dari kereta... aku jerit kan dia... paling kuat..pukul die...
biasaaaaaa dia tuh...

dia yang tak best nya tu...
kalau jenis orang yang rumah nya bersih....
sangat bersih pun ada...
jangan kan sampah... habuk pon tak berani lekat...
pembuangan sampah adalah teratur.... tak sepah-sepah...
tapi bila keluar rumah...
sampah buang merata-rata...
kalau minum air kotak..plastik balut straw tu..jatuh kan je ke lantai
kalau naik kereta.. habis je makan jajan.. bukak tingkap...campak keluar...
ehhhh tak reti pulak jaga kebersihan kat luar rumah...
kalau rumah korang boleh teratur..sampah tidak bersepah-sepah..
kenapa kat public korang tak reti lak buang sampah dalam tong sampah...
kerajaan sediakan tong sampah bukan untuk cantik-cantik....
tapi untuk mencantikkan kawasan sekitar...

Malaysia sering dilihat sebagai negara membangun yang kotor...
sebab... pemikiran penduduk nya yang masih ditakuk yang bawah....
kesedaran sivik rakyat Malaysia sering dilihat sebagai teruk...
jangan kata sampah... beratur dan parkir kenderaan pun tak reti...
semua berfikir untuk diri sendiri...
masing-masing pertahankan hak masing-masing...

Berbalik kepada cerita buang sampah merata-rata...
kalau sorang buang satu sampah di lokasi A...
dan diikuti oleh 300 orang yang lain...
apa akan jadi????

Kita sebagai orang dewasa kena tunjuk contoh yang baik..
kalau kita tunjuk pada anak-anak membuang sampah merata-rata, tidak ke dalam tong sampah, keluar dari kenderaan
nanti bila mereka besar..mereka akan ikut seperti kita..
alasan mereka apabila dipersoalkan..
"Mak aku tak marah pun. Mak aku pun buat macam ni"
"Selama ni aku buat tak jadi apa-apa pun"
kalau yang pandai sikit
"Tak pe...sampah tu nanti terbiodigrasi (luput/lupus)"


beginilah nasib anak-anak kita nanti...kalau kita tak buang sampah di tempat yang betul


pesanan Khidmat Masyarakat...
Buang Sampah di Tempat yang Betul
dan
Jangan Buang Sampah Merata-Rata

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kendong anak Kedondong


aha....
tengah-tengah musim orang 'membawa perut' nih...
asam-asam ni memang laku la...
nasib baik tak ada yang makan asam keping...
kalau tak...dengan asam keping- asam keping licin....

kalau sebut asam...
mangga, mempelam, pauh, kedondong, mangga epal, kundang, bacang, lanjut, kuinin
memang feberet la... all time favorite la org jawa cakap...

ni aktivit minggu lepas...
bukan time rehat pon...
akak-akak ni...kalau dah berkumpul...
siap la...
ada sorang akak opis ni bawak balik kedondong dari kampung...
dia letak kat meja sorang akak tu lagi...
dia keluarkan senjata dia...
dikupasnya sebekas kedondong...
fuhhhhh berebut la makan..
sambil mengumpat...sambil mengutuk...sambil menggelakkan orang..
masing-masing makan....
duduk pulak atas meja kecik kat side table akak tu tadi...
wahhh ko...dah macam piknik bawah pokok pelam atas pangkin laman rumah dah ko ha....

yang perempuan dok sibuk mencolek...
yang lelaki dok tepi tengok perempuan makan...
sambil kecur-kecur air liur...
bila ajak makan.... ada yang menjamah..
ada jugak yang menolak... alasan... asam-asam ni makanan perempuan je...
banyak la ko.....

colek dia... kuah rojak mak bee dengan garam.. ai makan dengan garam je... fuhhhhhh layannnn


sambil type entry ni...sambil kecur air liur... aduhaiiii


ni judu eh..bak kata mak aku...



sampai licin kuah tu dikerjakan dek mell


ni deh..pasukan mengumpat bawah tangga IN nih...


yang ni pulak pasukan sorak...



apa-apa pun...
kalau bab makan...
makan ramai-ramai..rebut-rebut tu la yang sedap...
orang ber'adik beradik' ramai faham dan suka la aktiviti macam ni...
bagi yang tunggal ni... aku tak pasti pulak....



ppssssttt :: ehh jgn tak tahu.. suami mek tak pandai makan rebut-rebut nih....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kematiannya di tangisi...

mesti semua orang kenal beliau...
tapi....
kematian telah menjemput dia...


sila baca di sini..


untuk penyokong Negeri Sembilan dan Kelantan...
jangan harapkan ramalan beliau ok...

dan yang penting....

NEGERI SEMBILANNNNNNNNN BOLEH!!!!



psssttt :: kepada penyokong kelantan dr KELANA JAYA yg dok kat SERDANG PERDANA, SELANGOR tu... sile jangan over ok...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Abg. Pon dan






kalau kat opis aku....
lawak pon dan la paling best....

paling best lepak kat bahagian kewangan dan berborak kat situ...
masa aku nak tukar bahagian...
siap bos sound lagi..
"Pidah..awak sok jangan la kacau kawan-kawan kewangan awak tu...dorang banyak kerja nak buat"
tapi..maaf la bos..
bahagian kewangan je ade mulut-mulut kecoh....
yang seronok dilayan....

cerita best aku rasa..
bila abg perdaus cite pasal abg ponds ni...
cite muke lawa...dok kat lorong-lorong jual body...
dia punya cutting.. mak aihh kalah era fazira ko...
bila bercakap...ala lemah lembut je...
bile sendawa... "ERRRRKKKK ALHAMDULILLAHH"
mak ko... terbelahak macam makan gajah..





sekali.. kena rush dengan polis...
'awek' ponds yang lenggang lenggok nye kalah pinggang kerengga tu...
berlari angkat skirt sampai tak cecah tanah....
amik ko... jalan macam pompuan..lari macam jantan....
sambil jerit...
"LARIKKKK..LAAARIKKKK... "
suara kau...garauuuuu
"KEMAKKK NYE POLIS"
hahahahahahahaahahha


tak kuasa makkkk nyahhhh



tak lawak?? tak kisah la...



ppssstttt :: saje tak de keje...tak taw ape nak buat dengan blog nih...thanx tu incik Google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sila Jangan Ber'FB' di Opis






aku rasa kalau korang tengok gambar-gambar ni korang dah faham kot....

opis aku dah block Facebook dari penggunaannya di waktu pejabat
jadi aku layan Blog je...
bosan??? layan jeeeee
keje pun tak siap gak ada facebook ke tak...
ehehehehehehehehehehehe

ppssssttt ::::::::::: kalau yang baca entry ni kat facebook... itu sebab entry daripada Blog autopublish kat Facebook... kalau nak tengok entry yang original sila klik kat link View Original Post... tenkiu tenkiuuuu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers

Mari tinggalkan jejak anda di sini.. nanti saya gi rumah awak lak..