Rahsia... pasangan berahsia??
aku nak tanya pendapat..
kalau pasangan korang banyak sangat berahsia dengan kita
apa makna nye ye??
apakah akibat nya ye??
korang ada berahsia dengan pasangan korang tak??
bahaya tak kalau pasangan kita banyak berahsia nih???
Sape Ade Kotak Besarrrr
aku rasa aku perlukan kotak yang besar la...

untuk ape??

oopppssss...
bukan untuk bungkus mak mentua dan bapak mentua...
jauh sekali mak abah aku....
tapi utk...
kemas umah yang super bersepah ni

ehh ni bukan aku punye rumah....

lagi besarrrr..
lagiiii bagusss

baru la ada rumah yang...
superrrrr cleaaaannnnn
ahaahahahahahahahah
korang ade nk bagi kotak kat aku??
kotak tv ke..
kotak peti ais ke...
kotak mancis x mau la...

nak masukkan gajah ni..
mana muat...
gambar-gambar adalah sumber Google.com
ppsssttt :::::: sape baik ati..meh la make oveer rumah aku..hahahahahahahha
Flashing Saturday...
apa kabar puasa korang?
arini mesti ramai yang bercuti kan...
ntah-ntah ada dah yang plan cuti 4 ari...
jumaat-selasa
al maklum lah jumaat lepas Nuzul Quran
Selasa pulak Merdeka
haruslah ada yang amik cuti bebanyak kan....
ari ni..
seawal 7.30 pagi aku dah dapat panggilan 'Pulau'
suruh datang opis..
ada kerja urgent...
adoyaiiii
ni dah lepas setelkan kerja aku...pukul 9 pagi..
seronok nye kalau ade di rumah masa ni....
aku angkut semua gadjet yang menarik...
untuk jadi kan bahan hiburan sementara tunggu kerja lain pulak
memang aku dah plan nak dtg opis pagi ni
tapi tak de la seawal jam 8...
wooo semalam pergi Low Yat..
aku telah terbeli ini...

ahahahah
akhir nya...
ganti balik yang ni

yang patah hari itu...

jadi sekarang ada dua...
satu leh attach kan pada body
satu lagi leh guna remote je...

tengok beza kaki mereka...
satu sumbing...satu lagi masih indah

jadi pasni tak de la masalah nak amik gambar indoor lagi...
insyaallah...

selingan je ni...
sesapa berkenaan..mesti taw ape nih...
heheheheheheheh tenkiu kak...
(jgn marah sy letak kt monitor.... kejap je nih)

okeh....
jom planning utk outing pulak...
ppssstt ::: seronok btol berblogging gune incik musang...senang aku nk cut, paste, drag n post entry.... hehehehe kecoh btol pasal musang ni kan????
2 Bulan pada 27 August 2010
korang ada dapat email...
atau rumors pasal 27 ogos 2010 akan kelihatan 2 bulan tak??
aku ada dapat aritu...
saje google dan aku terjumpa petikan ni...
dikatakan itu semua cuma lah khabar angin dan mitos sahaja...
kebenarannya..
Marikh yg dikatakan akan kelihatan sama besar seperti bulan
berada di kawasan yang jauh..
kalau dilihat dengan teleskop pon..
hanya kelihatan seperti bintang kecil biasa...
senang cerita...
mari baca info ini...
Sekali lagi, emel yang mengatakan kisah Marikh akan menjadi SEBESAR BULAN pada 27 Ogos ini mula tersebar.
Sepertimana yang saya jangkakan, tahun ini, seperti mana tahun-tahun terdahulu, menjelang bulan Ogos, ramai di antara kita mula menerima emel yang di-forwardkan oleh rakan-rakan menyatakan tentang 'kejadian' yang amat hebat ini. Yang lebih menarik perhatian ialah ayat "NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN"
Suka saya maklumkan bahawa kesemuanya itu adalah TIDAK BENAR sama sekali.
Ini adalah fakta yang sebenarnya.
Jika dikira melalui kiraan falak, pada tarikh 27 Ogos 2010 ini, Marikh berada pada jarak 318 km JUTA kilometer daripada Bumi!! Marikh sekarang sedang berada di sebelah 'sana' atau hampir di belakang matahari ketika itu.
Malah, jika anda hendak mencari Marikh sekarang dan lihat keadaanya pun boleh. Cuba, tinjau-tinjau arah Barat selepas Maghrib. Akan kelihatan sebuah 'bintang' yang bersinat amat cerah pada arah Barat. Itu ialah planet Zuhrah.
Di manakah Marikh sebenarnya?
Marikh berada di sebelah KANAN dari Zuhrah, lebih kurang 2 darjah ke kanan, atau lebih senang nak faham, jarak 2 jari ke kanan dari Zuhrah. Dan kecerahannya amat malap dan bersinar seperti sebuah bintang biasa sahaja!
Saya boleh katakan, jika saya tidak beritahu lokasi Marikh tersebut, anda pasti tidak akan perasan bahawa titik halus itu ialah Marikh!
Persoalan. Adakaha ia akan menjadi sebesar Bulan pada tarikh tersebut?
Sudah pasti tidak, kerana ia berada amat jauh. Malah jika dilihat menerusi teleskop pun ia kelihatan seperti sebutir bintang yang halus. Cuba bandingkan dengan Bulan yang sedang mengambang penuh di arah Timur pada tarikh yang sama.
Sejarahnya, kisah ini bermula pada tahun 2003. Pada ketika itu, memang Marikh berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi, iaitu pada jarak 56 JUTA kilometer! JUTA.
Dan kombinasi orbit Bumi dan Marikh pada ketika itu menyebabkan, kedudukan jarak itu merupakan yang paling hampir sejak 60,000 tahun.
Pusingan orbit Bumi dan Marikh akan membawa kedua-dua planet ini berhampiran antara satu sama lain setiap 2 tahun 2 bulan. Dan setiap kali ia dekat, jaraknnya berbez-beza. Cuba lihat kiraan di bawah
Jadual di bawah merupakan tarikh ketika Bumi dan Marikh berada hampir antara satu sama lain dari tahun 1999 hingga 2020.
24 Apr 1999 Jarak 87 juta km
13 Jun 2001 Jarak 68 juta km
28 Ogo 2003 Jarak 56 juta km
7 Nov 2005 Jarak 70 juta km
24 Dis 2007 Jarak 89 juta km
29 Jan 2010 Jarak 99 juta km
3 Mac 2012 Jarak 101 juta km
8 Apr 2014 Jarak 93 juta km
22 Mei 2016 Jarak 76 juta km
27 Jul 2018 Jarak 58 juta km
13 Oct 2020 Jarak 63 juta km
Asal usul emel
Pada tahun 2003 tersebut, Marikh memang bersinar amat terang, seperti sebuah lampu oren yang menyala. Tetapi ia tetap bukan sebesar Bulan.
Jika dibandingkan dengan Bulan, Marikh "kelihatan" 75 kali lebih kecil daripada Bulan.
Kemudian, hasil daripada perbandingan tersebut, mulalah seseorang tu menyatakan, jika Marikh 75 kali lebih kecil dari Bulan, maka jika kita besarkannya sebanyak 75 kali, mestilah nampak sebesar Bulan!"... maka dari situ mulalah muncul ayat yang mengatakan "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar"
hasil daripada kehebatan teknologi internet, maka emel tersebut mula tersebar ke seluruh dunia, dan berubah-ubah isi kandungannya. Sehinggalah ia diringkaskan menjadi "Marikh akan kelihatan sebesar Bulan dengan mata kasar", tanpa mencerita kisah pembesaran 75 kali tu...
Tahun-tahun berikutnya, tarikh kejadian asal 27 Ogos 2003 itu pun berubah sehingga menjadi "27 Ogos" sahaja. Malah, ada yang rajin, siap ditambah tahun kepada tahun yang terkini.
Maka, jelas sekali maklumat yang tersebar setiap tahun berkenaan Marikh sebesar Bulan pada 27 Ogos itu adalah tidak tepat langsung dan tidak benar.
psstttt :::: alamak...aku punye excited dgn cerita ni aritu..siap tampal email tu kat dinding lagi...waaahhh gitu...
I've Got FOX!!!!!!!
ahahahahahaha
salam jumaat korang...
sile refer gambar di atas...
korang tau maksud nye??
yeaaayyyy
aku tanya bos ICT pasal musang nih..
dia kata..'apsal la budak ni lurus sangat'
hahahahahahahah
yeayyy sudah boleh guna incik musang...
psstt :: owhh entry merepek-repek di pagi jumaat..untuk korang release tensi pepagi mulia nih...
PEACE!!!!
Si Biru Telah Kembali
saya masih mentah
Suatu Masa Dulu.. Kerjaku...


tengok...
slim world kan saya time nih...
Sebelum Puasa Itu...




Kisah Benar itu S . E . D . I . H
pagi ni dah blog walking sikit-sikit.
sekali ternampak satu blog ni...
singgah jap..
then dia buat satu entry pasal satu blog yang telah merentap jiwa raga dia...
aku hop ke situ pulak...
http://mayyonnizz.blogspot.com/
ya allah..
sesungguhnya kisah benar itu menyedihkan
kenytaan hidup tidak seindah novel dan filem...
sebak dan hampir aku tumpahkan air mata aku di pagi isnin
yang indah ni....
masa inilah baru aku tersedar..
semua orang ada bahagian masing-masing..
pemilik blog dikurniakan anak...
tapi anak itu utk saham die d akhirat nanti
semoga arwah anaknya tenang dan bahagia di sisi penciptanya....
dan ketabahan serta kesabaran dikurniakan kepada pemilik blog sekeluarga.....
psssttt :: kadang-kadang sedih tengok orang yang tak hargai anak sendiri..dibuang dan dibunuh sesuka hati... orang yang ada anak tapi diragut... sangt la tidak dapat menanggung perasan..yg diorang ni... tak de perasaan belas lansung.....
sekurang-kurangnya korang pernah rasa kewujudan insan dlm tummy korang... aku ni lansung tak pernah.... hargai lah...
Rombongan 3 S ke KL
semua perancangan berkubur
tak de kereta kaki patah
fikirkan poket....
otak terus jem...
poket kena tahan sampai rabu...
owhhh lama betul rasa nya nak tunggu rabu..
sampai je rabu
otak jem lagi..
sebab nak bayar segala utang piutang
jemmmmm jemmmm
tengahari tu jugak la
Shida sms...ajak ke KL
dengan
Syiqah
aku paksa die jemput aku di Kelana Jaya...
sebab aku sudah patah kaki otak jem
sampai je masa die nak jemput aku
baru aku perasan jeans tak de...
adooiiii
jadi aku terpaksa redah jalan ke rumah juga
naik la motor....
pretttt preetttt preeettttt
aku sampai umah tgk..
JEANS TAK DE!!!!!
baru aku teringat aritu aku hantar abgnakkal ke epot...
terus pergi kerja...
kompom jeans aku kat opis...
aku ni miskin...jeans ade 1 je...
redah je la pakai suar ala-ala jeans putih nih..
adoiiiiii
tapi....
semua berjalan dengan lancar bila dorang dah sampai...
aku sangat seronok dapat keluar dengan mereka
dah makan tahun jugak kami tak keluar bersama
cari tudung utk Shida je sebenarnya....
jalan-jalan nek LRT....
penat..
memang penat....
tapi hati puas..
seronok nyeeeee
i miss my single life....
gedik-gedik di LRT
ai gomok la...
aksi poyo-poyo mst ade...
dr kiri... budak kecik Syida, bini orang Siti??, dan orang tua Syiqah
pstttt : tp i miss my married life jugak.... semua benda jadi tunggang langgang bile abgnakkal tak de...semua benda jadi kucar kacir... kalau poket tak sabar tunggu Rabu.... jiwa hati dan jasad tak sabar tunggu selasa.... "ya allah KAU permudah dan peliharalah keselamatan suamiku...amin..."
Malang Tak Berbau
hari ni aku rasa hari yang panjanggggg sangat
jumaat yang memenatkan
Malam tadi start tido umah mentua aku
abgnakkal pergi Labuan lagi sekali
sama macam aritu die gi 6 ari
ppagi tadi awal aku sampai...
sampai je...tido jap kt surau
lepas tu...
setelkan agihan cenderhati utk staff...
tengahari...
masa aku nak pergi Jakel la..
ade kerja
nasib sempat follow budak-budak ni...
sampai je Jalan TAR
aku down yang amat
sebab menggenangkan ade org boikot Raya tahun ni..
jadi aku jalan-jalan dengan hati yang sayu dan sedih
akak-akak tu pun sedihhhh je tgk aku
lepas diorang shopping...
aku tinggal kat KWSP...
sambil tunggu Azizul n Alip dak opis aku datang jemput aku
sambil menaiki kereta aku
lepas tu kitorang pergi pejabat Pesuruhjaya Sumpah kat Kompleks Wilayah
uncle tu banyak pulak cerita die
pastu minta no. tipon aku
aku je lak tu..mamat dua ekor tu tak mintak lak
aku bagi je no. abgnakkal...
huahuahua
nasib la ko...
balik dari situ...
balik opis dah kol 4...
noneng-noneng...
orang yg tak dpt cenderahati pagi tadi cari aku
tetibe aku kira baki tak tally dengan baki fizikal....
ahhh sudahhhh mampus aku
bile balik stor tanya orang stor mmg dorang bg tak cukup
CUAKKKKK gua baiiii
masa yang sama dak-dak ni sibuk collect duit nak pergi PaRam
kitorg nak berbuka sesama
lepas dorg blah...
aku melepakkan diri..bagi rileks kn badan yang penat
memang meriah la masa berbuka tu
makan sikit je
ketawa lebih...
pukul 10 lebih baru aku gerak balik...
masa nak masuk je jln Syed Putra...
gear aku tak leh masuk
Ya Allah...
dah la abgnakkal tak de sini...sape mau rescue
aku terus call Kak Mell...sebab aku nampak abg azriey dtg jmput die tadi
nasib baik...ya allah...
abgnakkal bg direction je kat abg azriey ape nak buat
nasib abg ariey taw
sempat sampai rumah...
tapi...
nak masuk je pagar umah..die wat lagi
badan sparuh tgh jalan
separuh lg tepi jalan
kebetulan lagi
india depan uamh tu baru balik..
die tolong tolakkan kereta aku masuk dalam
ya allah...syukurrrr...
rezeki aku la tu...
betul-betul mencabar arini
tetibe terasa susah juga bila abgnakkal tak de time aku ade masalah..
tapi kalau masalah kenderaan time lepas kerja..
kawan-kawan opis aku memang tak menghampakan....
syukurrrr ade kawan-kawan yang baik hati..
patah kaki la aku dok umh mentua tanpa kereta ni...
Ape Korang Akan Buat??
apa korang akan buat kalau
sangat MARAH
sangat TENSION
sangat RINDU
sangat BOSAN
sangat TERTEKAN
kalau aku...
aku akan menangis...
menangis
menangis
menangis
dan
menangis

aku sedang marah, tekanan dan rindu...
sangat tidak seronok perasaan ini...
ada sesiapa yang nak tolong hiburkan hatiku???
time ni jugak amat bahaya..
saya mudah mengamuk..
uhuhuhuhuhuhhu

Pertukaran TARIKH TUTUP Kontes...
ade sebulan lagi taw...
meh la join...
mari mari....
hadiah...
akan aku fikir kan...
heheheheheehhe
Bulldog Mansion - Happy birthday to me
akhirnya... jumpa jugak...
sangat best ini lagu..
aku tujukan buat semua..
hehehehehehehe
Selamat Hari Tua Cik Bedah

ye...
ucapan selamat hari lahir ini ditujukan utk diri sendiri..
gile kesian..
macam tak de orang nak wish je bile wish diri sendiri ni kan..
hahahahahahaha
walaupun sudah menginjak ke suku abad...
aku masih rasa aku berumur 22 tahun....
to my beloved mummy and abah
"terima kasih kerana melahirkan, membesarkan, mendidik dan menyayangi anakmu ini.. sesungguhnya...tanpa mak abah...pasti aku tiada di dunia hari ini.... terima kasih kerana menyayangi anakmu yang ntahapehapetah ni.... hua hua hua.. i love my mak abah... u r the best la mami abah... "
utk abgnakkal
"terima kasih sebab meraikan hari lahir saya... hanya ada yang pernah celebrate b'day saya...kagum tak??"
utk adik beradik
"aku nak hadiah.... aku tak kira... hutang belakang kira.. hadiah sini mari dulu... "
utk kawan-kawan
"terima kasih utk ucapan selamat... semoga korang juga diberkati oleh allah"
akhir kata

cehh... mcm wat ucapan kemenangan la plak... poyos...
selamat hari lahir utk yg sambut tarikh yang sama...
'AYAM' Serdang???!!!!

ayam??
ayam??
ayam??
maya??
maya ayam???
opppssss no no no... jangan tengok situ..
kurang pahala puasa korang.....
tengok bawah ni...
hahahahahhaa
kurang pahala jugak kalau korang tak kuat iman...






perghhhh serius...
aku ni memang gila ayam..
nak nak ayam goreng...
aku akan jadi tamak yang lain macam..
korang tau Upin Ipin.???
yeee aku macam Ipin...
yang gilakan Ayam...

owhhhh macam mana ni???
dapat suami pun gila ayam..
nasib gilakan ayam betul...
ho ho ho ho.....
ppsssttttt :: sebenarnya tengah fikir nak masak apa ayam kat rumah tu..hehehhehe tajuk tu saje bikin gempak....











