hidup kau tak ada kena mengena dengan aku!!!!

tq incik gugel...

macam biasa... kopi paste dari email sahaja....
mood bekerja berada di tahap kritikal...
kerja..kerja..kerja...

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam
"hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar ?".

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik,
" Ada perangkap tikus di rumah....di rumah. Sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak,
" Ada perangkat tikus !"

Sang Ayam berkata,
" Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba,
"Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama.
" Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata
" Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...
Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Doa Ketika ditimpa Musibah



Maksudnya: "Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya."

SUATU HARI NANTI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
PIKIRKANLAH SEKALI LAGI !



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

melampau sgt.. bagi je makan penampau..


credit tu incik gugel....

hai...sekarang tgh rajin kopi pes je...
banyak email dari isteri Uncle Joe a.k.a uMMi Pria Ganteng ni...

dari terperokkk je dalam inbox ni...
ok jugak aku kongsi dengan orang lain kan....
nampak macam malas?
memang malas pon....

Sekadar renungan.... ........ .

Subject: Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki...... ' nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. 'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sa yang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembah yang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.






*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah...awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...


Wassalam. ...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ko nampak syurga kat tapak kaki aku ni???

tq to owner


jom layan air mata petang-petang selasa ni....
di kopi dari email yang dihantar oleh isteri Uncle Joe...
rajin btol kak ipaq aku nih... memang best...

di sini saya nak tekan kan...
hargailah dan kasihi lah ibu bapa anda selagi mereka wujud di dunia ini...
jika dah tiada..
menagis air mata darah sekali pun...
mereka takkan pulang ke dunia...

to my mummy.... puan Husni Ahmad and abah Samsunanwar idris
and
my mother in law.. Puan Ramlah dan abah Ismail Mohd Shariff....

i love you so much.....



Kalau nak kira mak aku la harta yng paling mahal, palig berharga, tak de nilai yg boleh disamakan dengannya.
aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. cukup memahami...
abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah. apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. mintak duit belanja. kena buli ngan kawan, semuanya mak. ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.
abah pepagi lepas hantar kitorang p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik. abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah.
macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena.
masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus.
tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa.
untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus.
pkul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik . pepagi lepas hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.
aku dpat duk ngan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh.
tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.
petang jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasik . mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku,
ada set tu... mamang makan tak ingat punya. kekadang tu mak masak kari ayam cair. kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik .
duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok.
gaji rm400. tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang.
benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing tu rm75 satu set.
balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap ari p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. aku ingat lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma, alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak".
aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan. mak masak sedap tengah hari tu. tengah makan mak cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa. mak kata ada surat kat depan. dan dan aku p ambik baca. melompat aku masa tu. aku tunjuk kat mak. dia kata dia dah baca tadi. berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mna.
perbelanjaan aku masuk itm masa tu abg sulung aku tanggung. masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.
masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki. abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan. adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. abah dah tak macam dulu. sesekali aku balik abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. syukur pda tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.
setahun lepas adik lahir mak sakit. tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je. lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab. diarang ambik semple darah.
lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan.
ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara.
doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.
bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.
mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik". air mata memang tak leh tahan.
sampai masa mak terpaksa operate jugak. doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. balik kampung kena jaga adik.
lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak trlampau lemah. lepas 2 minggu mak kat spital. dia dah beransur baik. abah bawak balik. mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.
tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. abah bawak p hospital jengka.
bermula hari tu...keadaan mak makin hari , makin teruk.seminggu mak kat spital. kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah terpakasa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. masuk makanan mak muntah.
doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. sebab tu mak tak boleh makan. selama di spital mak hidup dengan air dan ubat saja. sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi masa tu mak boleh bercakap.
satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. tak pernah dia sebut yang dia sakit. kami berbual macam biasa. macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.
doktr ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga org sakit barah. doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dh rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit.
seksanya mak. tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.
semakin hari keadaan mak semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. abg di jepun pun balik.
hati mak dah mula membengkak. perut dia buncit macam di pam. berkilat dan boleh nampak urat. mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali kali anak-anak dia. ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. mak kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. masa tu jugak merambu air mata aku. walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia.
hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana . semua misi, doktor dah kenal.
selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kesah. memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam,sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.
akhirnya mak kami bawak balik ke umah. sebab mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia.
mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan.
bila mak sampai rumah. suatu keajaban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu.
dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia sebut kami cari. kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia. mak sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua. mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.
lebih kurang seminggu mak kat rumah.
mak nazak. hari tu pagi sabtu.
nafas mak tersekat-sekat... masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar.
tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.
kami sekeluarga berbincang. tanya pendapat orng tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. kami adik-beradik dan abah pegi pada mak. kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum. "ma... emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum" banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi mak.... kami cium tapak kaki mak.
air mata mak mangalir. kami letak adik tepi mak. bagi mak cium adik. sayunya aku tengok. air mata mak mengalir bila tengok adik. kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. tak dapat merase kasih sayang mak. mak bisikkan sesuatu pada abah. air mata abah mengalir. nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. abah kucup dahi mak.
kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. aku terpaksa, kami terpaksa. kami syangkan mak. taknak seksa mak.
tak lama mak sesak nafas. abah ajar mak mengucap.
Allahhuakbar seksanya menuju kematian,
Innalillahiwainnahiro-jiun..... ibu tercinta pergi buat selamanya.........

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.


---------------------
INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.

KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU MINTAK AMPUN.
JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE...TAKUT TAK SEMPAT.

AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL.
---------------------
bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abg adik beradik



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

fokus..selesaikan...pembaziran....selesaikan...jimat..


arini...
nak asah minda untuk berfikir kejap..
kongsi bersama...
email aku dpt daripada isteri uncle joe nih....

The Difference between FOCUSING on PROBLEMS and FOCUSING on SOLUTIONS

Case # 1 :

When NASA began the launch of astronauts into space, they found out that the pens would not work at zero gravity (ink will not flow down to the writing surface).

Solution 1 : To solve this problem, it took them one decade and $12 million. They developed a pen that worked at zero gravity, upside down, underwater, in practically any surface including crystal and in a temperature range from below freezing to over 300 degrees C.

Solution 2 : And what did the Russians do...?? They used a pencil.

Case # 2 :

One of the most memorable case studies on Japanese management was the case of the empty soapbox, which happened in one of Japan 's biggest cosmetics companies. The company received a complaint that a consumer had bought a soapbox that was empty.

Immediately the authorities isolated the problem to the assembly Line, which transported all the packaged boxes of soap to the delivery department. For some reason, one soapbox went through the assembly line empty.

Management asked its engineers to solve the problem.

Solution # 1 : Post-haste, the engineers worked hard to devise an X-ray machine with high-resolution monitors manned by two people to watch all the soapboxes that passed through the line to make sure they were not empty. No doubt, they worked hard and they worked fast but they spent a whoopee amount to do so.

Solution # 2 : But when a rank-and-file employee in a small company was posed with the same problem, he did not get into complications of X-rays, etc., but instead came out with another solution.

He bought a strong industrial electric fan and pointed it at the assembly line. He switched the fan on, and as each soapbox passed the fan, it simply blew the empty boxes out of the line.

Moral
· Always look for simple solutions.
· Devise the simplest possible solution that solves the problems.
· Always focus on solutions & not on problems


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pernah KAU fikir pasal kami??


salamat bekerja bagi anda yang baru masuk kerja pada hari isnin ni...

dan
yup..isnin will be black monday....

mula la sume orang akan naikkan sttaus mood....
tiada mood.... mood tak baik atau sebagainya di Fesbuk mereka...

aiyooo
aku pon tak terkecuali..
lagi tak da mood..
bila weeknd kepenatan dan malam tadi tak puas tido...
atau
weeknd adalah bosan...
pun efek pada isnin....

semalam overall....
sangat berpuas hati dengan ahad ku...
tapi..
mood sudah diterbalikkan..
sebab incik nakkal sudah tidak sihat...
hati isterikan...mestilah terganggu sedikit....
risau akan keselamatan baliau..

lagi buat aku bad mood pagi ni...
adalah...
KERETA-KERETA YANG DIPANDU OLEH MANUSIA-MANUSIA YANG TIDAK BERTIMBANGRASA!!!!!!

oleh sebab hari ni abgnakkal tak sihat...
dia request nak drive kereta.. (dia nak pergi kerja juga.... sambil berusaha amik MC di klinik panel dekat opis)
jadi aku secara automatik nya...
kena bawa motor...

motor itu sudah tidak selaju dan se'pick up'
motor belang yang baru 2 bulan keluar dari kedai..

adat jalan disekitar Kuala Lumpur ni agaknya...
asal isnin jem melekat....
kalau hiway KL-Seremban tu....
dari tol Sg. Besi dah melekat....

masa ni lah ramai orang potong Q...
ye...di mana-mana ada orang potong Q..
dan aku sangatttttt lah anti org potong Q..
KAU ORANG POTONG Q TU..GUNE JALAN KECEMASAN!!
HABIS MOTO NAK LALU KAT MANA??
KAU INGAT SEMUA MOTOR LALU LALUAN TENGAH KAH??
MOTOR TERPAKSA LALU TENGAH SALAH SATU SEBAB NYA..SEBAB KAU ORANG LALU LALUAN KECEMASAN LAH!!!!


korang bayangkan....
org bawak motor...tengah laju-laju...tetibe masuk satu kereta bangang kat laluan kecemasan...
kesian moto berderet kat blkg kereta tu
korang ingat AKU DUDUK BELAKANG KAU NI NAK POLO BONTOT KERETA KAU KE???
terpaksa je tu...

korang marahkan moto main cilok-cilok...
yang korang bawak kereta pon suke cilok-cilok ikut sedap hati tanpa fikri orang belakang tu ape??

pagi ni aku sikit lagi nak langgar CITRA HITAM NOMBOR PLAT WNJ... MAKCIK PAKAI TUDUNG HITAM RENDA HIJAU!!!
aku ingatkan die nak masuk NPE...
sekali rupe-rupenye...die tengah potong Q..

tu sekali...
sekali lagi... aku jumpa lagi CITRA HITAM....
himpit bus rapid KL....
aku ingat kan aku je bengang....sebab tak boleh nak lalu..
motor depan aku pun menggeleng kepala...
sekali aku tengok makcik yang sama....
aku potong makcik tu...
sambil tunjuk peace..
pejadah aku tunjuk peace...
aku nk bagitau dia...
2 kali makcik...
2 kali...
makcik buat saya nak langgar bontot CITRA makcik ni...

owhh sangat tensen...
korang yang bawak kereta ni... tak pernah la nak bagi signal....
tak pernah la nak tgk belakang...
kalau korang rasa benda tu korang tak nak gune....

lain kali masa nak beli kereta..
cakap kat saleman tu...
"encik....side mirror, rear mirror dgn signal ni sy tak nak.. tak guna pon..."
bagi hon banyak-banyak ok kot...
FAHAM??!!!


nanti aku nak sambung cerita potong Q ni lagi...
kenapa aku marah orang potong Q.....



nota kaki yg hinggap di muka..... hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian... kalau anda rasa anda tidak bersalah...jangan lah amik pusing ayt makian saya... saya sedang marah.... terima kasih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati seorang wanita


Hati seorang wanita


1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkannya.


** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

socks...esok...dan stok...


anneyohaseyo...
konichiwa...
selamat siang...

lately..
sangatlah buhsan...

cerita nya...

esok... mau pergi rumah kak lang... di rawang...dan tido secara jemaah di rumah baru beliau... yeay..(tapi belum dapat arahan dr incik nakkal lagi....)

Stok.... aku sekarang tengah malas nak siapkan kiraan stok stor ini...

Socks.... hahahaahah
nak tau... (tak nak tau pon kena tau..)
jumaat minggu lepas.. boleh pulak aku terpeleot (terpelecok) time beli barang kat kedai bawah umah tu..
perghhh ini bukan sikit-sikit ni...
sakit kaw-kaw punye...
malam tu aku urut dan minta incik NAKKAL urut
sakit tetap tak hilang...
nasib la weeknd itu aku tidak ke mana-mana...
hanya merayau-rayau dalam rumah je...

isnin tu...
pergi kerja.. baru aku rasa sakit tu mengganggu pergerakan aku...
terus aku cari akak opis ni...minta urut kan
masa akak tu urut.. dia cakap..
urat-urat ku sudah masuk angin....
die suruh tido pakai stokin...
sebelum tu letak minyak panas dulu...

ho ho ho ho...
jadi...sejak dari isnin sampai la malam tadi..
aku tido pakai stokin...
best juga rasa nye...


gugel...

sebenar nya aku memang jarang pakai stokin
sebab aku sentiasa berselipar...
di opis pula aku suka tanggal kasut...
pakai stokin macam tak guna...

tapi setau aku...
kaki kita ni berperanan penting...
semua akan masuk dari situ...
kadang-kadang kita abaikan kaki...

kalau kita tengok orang putih...
diorang tido pakai stokin...
pakai short pans sekali pon..dorg akan pakai stokin...
orang jepun dan korea tak payah cakap la...
stokin macam sangat penting...

dan kalau kita belajar akupuntur...
setiap bahagian kt tapak kaki kita tu mewakili bahagian pada badan kita..
ada untuk peranakan...
untuk kepala... dan sebagai nya...

jadi korang nak join aku tido pakai stokin??


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

teh o kurang manis satu....

petang-petang camni......

bile dapat la teh 'o'




dapat plak biskut kering... yg lemak-lemak tu....



di cocah'an pulak ke dalam teh 'o' itu



sangat la sedapppppp

punye lama aku nantikan saat ini...
seminggu tu...
tgk plak entri kak eynda....

perghhh tercabar aku...ok...

jadi... sapa mau??? meh aku belanja... tengok..
heheheheheh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NetQueen in the houseeeeee


Mahukan T-Shirt netQueen edisi terhad ini? Edisi terhad ini hanya bagi setiap 100 pendaftaran pertama sebagai ahli netQueen sahaja. Jadi bagaimanakah caranya mahu mendapatkan T-Shirt ini?

Apa yang perlu anda lakukan adalah:
1- Daftar sebagai ahli netQueen disini.
*Activation code akan dihantar ke email anda. Sila semak email.
2- Masukkan blog ini ke Blog List anda.
3- Buat satu entry tentang netQueen.
4- Letakkan gambar banner netQueen di side bar & link back

5- Promotekan netQueen kepada 5 rakan blog anda.
6- Tinggalkan komen anda disini dengan mengatakan "Saya Telah Laksanakan Kesemua Syarat Yang Diberikan dan kini saya adalah rakan netQueen" berserta alamat blog anda
* sila login dahulu sekiranya mahu meninggalkan komen


sape mau??? sile pergi ke net queen nye web yek yek.. jgn lupe.. ekk ekk...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

al-fatihah buat allahyarham achik spin...

credit to owner

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri

17/04/2010 8:51pm

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan


janji allah itu pasti.... kita je tak tahu bila? di mana? bagaimana?....
harap-harap tidak dalam keadaan aib lah pemergian kita nanti....
semakin ramai orang yang 'pergi' sekarang...
yang lahir pon 'pergi' sebab di bunuh ibubapa sendiri...
kadang-kadang aku terfikir...
allah tengah sedikit kan orang....
kurang kan umat manusia.....

semoga allah mencucuri rahmat ke atas orang-orang yang telah 'pergi' itu...
untuk arwah atok-atok dan sedara maraku jua...
amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

dia suami saya..

dia lah SUAMI saya.....


assalammualaikum dan salam sejahtera yu oolllssss...
ape kes korang arini??

arini nak cite benda boring-boring je....
about my suami...

kalau korang pernah baca
cerita ini...
taw la camne aku kenal dgn abgnakkal....

saje je nak cite-cite nih....
aritu aku kan kehilangan henpon...
jadi aku pon godek la henpon lama..
kuar kan sim card celcom....
masuk dlm henpon yg aku gune skrg....

saje nak cek...
kot-kot ada nombor talipon yang boleh aku copy...
masa tu la aku cek mesej-mesej lama...

jumpa satu mesej drpd SHAHNAKKAL....
puas aku fikir sapa pulak ni....
bila baca...
gelak besar aku... mesej die biasa-biasa je...
tanya kabar...drpd abgnakkal rupe nye..
dulu masa berkenalan die guna nama shah...

tapi bila baca mesej time-time baru nak kenal..
macam kelakar pulak....
masa tu masih dalam proses berkenalan...
rasanya dalam pertengahan tahun 2007....

mmg dia berhati kayu...


sebab tu la aku terkilan sangat henpon yang haritu hilang...
dalam tu banyak mesej-mesej kiut drpd abgnakkal....
well my hubby berhati kayu...
jadi sangat lah tidak jiwang ayat nye...


mamat kedekut sms..tapi tak kedekut top up..


kalau tak penting... jgn harap akan dapat call apatah lagi mesej...
seminggu boleh kira berapa mesej drpd die...
call jangan harap lah...
sangat tak caring (nampak mcm tak caring...)

bile gaduh-gaduh...
aku baca balik mesej-mesej die yg tak kay-ring tu...
sejuk balik ati...
bile berjauhan tu.. baca balik mesej....
sedu sedan teringat kat die tu...

kesimpulan cerita aku yang panjang ini adalah.....
jika terjadi persengketaan, tersalah faham, terguris persaan, terungkit, terabai, termarah, tersakitkan hati, ter wat ever ter la....
singkap balik memori cinta luka korang.. masa-masa susah senang.. gelak tawa... hilai manja.. tawa duka.. saat manis... saat-saat masin. pahit payau pedas masam bucuk wangi
SEMUA LAH....
muhasabah balik diri (jangan muhasarawak plak...)
fikir balik baik buruk...
kenang masa lalu yang indah-indah....
dan lastly hargai mereka yang tersayang....
kadang-kadang..nafsu amarah membatasi akal yang sempurna.... fikiran yang rasional... dan iman yang tipis....

kenapa boleh masa bercinta berjalan dalam panas.. tak cukup tidur untuk awek..
tapi bila dah kawin beranak 5 lupa semua tu... mintak tolong sikit pun tak boleh..
kenapa masa bercinta sanggup makan sepinggan minum secawan....
bila dah beranak 8... air secawan pun tak sanggup nak siapkan....

hargailah pasangan anda... cintailah dia sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri....



for my beloved hubby who is car-ing, loving, dan segala ing yang ada...
i love you very much.. as much i love myself. (kalau sy sudah berhenti mencintai diri saya sy tetap cintai awak.....) uhuhuhuhuhu



nota buah kaki... tulisan ini hasil tulisan saya.. sy hanya insan yang naif tentang dunia.. jika terdapat kesalahan kata-kata... saya pohon ampun dan maaf... selamat bercinta..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sabtu aritu...mira kawin





alohai hoiiii

sabtu aritu...
aku dapat jemputan kawan aku kawin...
ni kawan sekelas sejak form 1 ni...
sampai la form 5...
kawan mengumpat ni...

lama betul die kapel before selamat dinikahkan...
kapel sejak form4 ke form 5...
alhamdulillah...
kekal hingga ke jinjang pelamin..
hopefully kekal bahagia hingga ke akhir hayat....
amin...

tapi sabtu haritu abgnakkal keje...
jadi aku dah kawtim dengan yana...
tumpang die je..
dia amik kat rumah....

datsun love anna asako...


kawan-kawan peranten yang over... (dua org depan tu je..)



miss yu guys.. nti kite lepak lagi ye...


yana dtg dgn pakwe nye...
dulu masa aku kawin...
dah jumpe dah pakwe die nih...
tapi masa tu..ai kan perantin...
ne leh lebih2 dengan tetamu...
kena cover2...(tipu... aku tak kaver lansung masa kawin... sume aku tegur n gelak kuat2..)

icha and mama...


sampai umah perantin...
perantin dah siap makan dah...
lepak kejap je la pastu...
lepas dah setel tu...
aku polo umi balik umah die...

kak cik nak test mekap...
nanti la aku try cari gambar mekap tu dari kak cik...
aku nye tak pakai tudung..
SIRIM tak lepas...
ahahahahah

owhh...abgnakkal menyusul tgh malam tu...
lepas NEGERI SEMBILAN dinobatkan sebagai juara PIALA FA...
siap dengki-dengki dengan aku k...
sebab die sokong KEDAH...
(dia akan sokong pasukan yang bertentangan dengan pasukan pilihan aku...)

masa KELANTAN lawan N9 aritu...
tak pulak nk tgk... kali ni tgk pulak...
sanggup balik ke JOHOL lewat sikit...
hampeh....

ape-ape pun weeknd ku adalah yang terbaik minggu ni..
hahahaah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KerinG Gusi....





Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Kamal yang sedang bertugas lalu bertanya,
Kamal: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Kamal menjawab
Kamal: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Kamal: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.



Satu hari... ade sorang datuk meninggal... cam biase ar... bile orang meninggal... semua sedara mara balik datang ziarah... ade salah sorang cucu arwah nampak ade air kat belakang jenazah... die pun tanya r nenek die air ape 2...

cucu: nenek... kenapa datuk berpeluh???

nenek nya dengan selambe menjawab...

nenek: alarh cu... biase ar 2... datuk 2 baru first time meninggal... tu yang nervous sgt 2... sampai berpeluh peluh...




Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulau Melingkau Atas Pagau..eh jamban...


credit to kak iena..


wawawawawa salam jemahat kengkawan...
semalam.. aku saje la masuk blog kak iena...
mau nangis ye haku tgk entry berani beliau...
serius.. klu aku ditempat kejadian..
aku sudah lari 30km dari tempat kejadian...

aku sangatlah geli/takut/seram dgn ular..
semua ini bermula selepas kejadian...mak suruh pakuk kepala ular...
masa tu.. mak bunuh ular kat umah wan... org cakap.. kalau tak nak bagi ular tu hidup balik.. pakuk kepala die..so that die tak berjumpa dengan ekor die...
mak suruhlah aku pakuk kepala ular hitam itu gune cangkul yang ala-ala tumpul itu...
aku pakuk la sekali.. tapi dengan kekuatan kanak-kanak berumur belasan tahun itu..
tidak terpakuklah oleh aku ular itu...
tetapi..
ular itu sudah mengelintin (mengeliat...aku pon tak taw ape perkataan sebenar..) dengan liuk lentuknya...
terus aku geli geleman... terus geli sampai sekarang....

ye.. aku akui.. aku ini macam bagus.. macam kuat..gagah..berani... no fear punye spesis...
tapi bile bab ular.. aku serender..
jangan kan tengok gambar or tgk ular..
kadang-kadang dengar perkataan pun dah boleh buat aku geli geleman..
sampai kan kawan aku dah faham dah...
die sebut orok-orok instead of ULAR..
sangatlah memahami kwn aku itu... lap yu la umi...

kalau cite ular dlm jamban pulak...
masa kecik-kecik..umah aku dekat dgn kebun kelapa sawit...
haruslah banyak ular sebab ade tikus...
jadi ular amatlah suke bermain-main dalam rumah aku..
perah ular tedung selar sepanjang 2meter melepak tunggu kami serumah balik dr jalan-jalan..
beliau telah berpeleseran di ruang tamu kami....
setelah dikejar oleh orang-orang kampung.. akhirnya beliau telah mati ditembak/diparang aku pon tak ingat..
yang pasti.. masa orang kampung kejar beliau..
beliau telah lari menyelinap ke kawasan rumah puan(wan/nenek) aku...
puas orang kampung geledah...
akhirnya.. semasa aku, kak lang dan makcik nak pergi amik basikal aku yang ditinggalkan dibelakang rumah sebab lari takut...(aku lari tinggalkan basikal tu sebab takut ade ular..tp pergi amik balik..sebab takut ular tu belit basikal aku...)
kami telah terlihat ular sedang jalan-jalan... berlari kami secara jemaah.. sambil memanggil orang kampung yang sedang memburu wanted criminal itu.....

lagi cerita ular...
ular berpeleseran dalam jamban aku pun selalu jugak....lagi buat aku fobia...
aku bayangkan ular keluar dr lubang jamban pon ade...
asal g jamban fikir pasal ular..
asal fikir ular.. aku fikir kan jamban...
skrg dah besar pon.. masih begitu....
dpt lak gambar ni...
waaaaaaawawawawa
lagi teruk la fobia itu....



kesimpulan.... hidup aku penuh dengan ular... aku fobiaaaaaaaa



psssttt : perlukah aku pakai pampers sebab fobia dengan ular dlm jamban???
jangan mati sebab tahan buang ayaq besaq dah ar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sensitivity of humanity?? human sensitivity?? akak sentap k...

salam all...
hmmm arini nak cerita pasal... gambar menceritakan seribu cerita..

bile musim fesbuk ni.. macam-macam cerita naik...
cite RAFIQIN DARWISY la...
lahanat yang permainkan agama Islam la..
budak kecik hisap rokok dan bercita-cita nk jadi perompak so ade duit nak langgan pelacur la...



siapa lagi cantik?? kau atau aku?? ni la ayt kawan aku kt gambar nih..


yang ni pulak.. cerita kami...
kes bermula.. selepas sorang kawan upload gambar...
dan mula la episod melalut yang dikepalai oleh aku...


sensitiviti of humanity.. lah sgt... cehhh.....


aku rasa.. tidak lah banyak mana aku kutuk org tu...
kadang² aku rasa..aku lebih bekap org tu dr kutuk..
yang selebihnya.. aku merapu...

masalah nye... byg kan mcm ni...

satu je gmbr..kude pakai bunga....
org A akan ckp pasal kuda... org B akan ckp pasal bga...
masuk org C die akan ckp pasal rumput.. lepas tu merapu2 masuk lak cite langit...

org D yg tak baca cerita mrapu org ABC.. akn bayang kan mereka sedang mengutuk kuda.. jadi terus la d jatuh kan hukum... org BAC bersalah sbb kutuk kuda..
kan tak adil bagi org ABC... btol x?



tapi dek teguran yang macam tu aku sentap....
nak-nak pulak... mamat yang sound tu memang sudah buat aku sentap....
aku dgn die memang dah lama tak ngam..sejak kenal...
back to year 2003... ko bayangkan berapa tahun tu jah....
(dah ko kata aku pompuan jalang.. walhal ko baru je kenal aku.. mana aku tak sentap time tu...)

ape pendapat korang?? ke mmg aku salah dalam ini wayang??
but still.. aku sentap hokkay...


psstt.. sesapa nk sound aku..sile jgn jd cik anon ok... letak la link email ke hape ke klu x de blog.. i dont like anon style.. ok bebeh??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pes+4 BukU KL, 2010



wahhhhh
kabare?? waras ngak?
cite basi....
aku memang suke kan..buat cite-cite basi nih..

banyak lagi kalau nak diikutkan...
tapi nantilah...
hehehehehe

jadi ini cerita 25 Mac 2010 lepas...
rabu tu..24hb..
kak azue ajak aku ke Pesta buku...
pada asalnya janji nak pergi ahad...
tapi disebabkan risau tersangkut dalam lautan manusia..
kami tukar pergi khamis...

kebetulan khamis tu sudah gaji..
aku pun terus amik cuti...
ahahahahahaha
bos aku sangat baik..
selamba je bagi aku cuti untuk shopping...

tahun lepas pun ade sekali aku amik cuti untuk shopping..
rugi pon kalau cuti tak digunakan..
cuti aku tidak boleh dibawa ke hadapan..
sebab aku kontrak...
kalau diorang bayar balik pun..
diorang amik 5 hari je...
jadi haruslah aku amik cuti itu...

khamis tu...
janji pukul 10..tapi haram.. pukul 10 baru nak gerak..
pukul 12 la gamaknya sampai sana...
aku naik komuter je...
malas nak layan jem kan KL..

mamat yg tidak pernah kenal erti penat...aku kagum...

masuk je nampak muke die...


ya allah besar nya pesta buku ni..
sampai tamak aku buatnya..
memula aku beli buku motivasi..
untuk abgnakkal...
then buku cerpen untuk anoi anak buah aku tu..
tu kat dewan alaf 21 je ..(besar betul alaf 21 punye kawasan tahun ni...)


lepas tu...kat ruang legar jumpa ana muslim...
beli pulak buku utk anak buah 3 orang tu..
then untuk adam pun beli jugak..
pergi MPH..nak beli shoppaholic...
tapi tengok sama harga mcm biasa..
jadi aku cadang nak gi Borders je..
dapat off 50% utk 2nd book... ok la tu kan...
leh beli 2...

banyak btol xtvt kat sini... even kamis.


abg in team n unique pon ado..

ana muslim pon mau wat persembahan...


tengah lepak dengan kak iezah tunggu abang amin..
baru aku perasan...
buku untuk aku tak ada lansung...
jadi masa abg amin datang kami ke DAWAMA punye booth...
aku cari DEBU HIROSHIMA...(nanti nak wat review khas utk buku ni..)
pastu masa tunggu abang amin...ade review pasal buku Faisal Tehrani...
pergi beli jugak...

gadis-gadis buku...

rilek je akak ni...

bubur yang best...nak lagi...


yeayyyy akhirnya... habis sudah duit aku...
lepas membeli kami belah....
ujan lebat-selebatnya..
jadi lepak di chicken hut..
layan bubur...

balik umah...start la balut buku...
kat umah dah ade selonggok nak balut...
tambah lagi selonggok...
(malam td baru siap bungkus...akakaka)

longgokan awal...

ni untuk aku...

ni untuk abgnakkal..

untuk anoi...

untuk syahmi...

untuk syauqi...

untuk adam..

untuk adik beradik tersayang...akakaka

ni benda-benda aku dapat/beli...

ok... sekian sahaja cerita dr saya...

ahahahahahahahaha... pjg lak entry ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers

Mari tinggalkan jejak anda di sini.. nanti saya gi rumah awak lak..