bulan Rejab


mata sape ni...eeee tatut....



bulan rejab da masuk...
dr mgu lepas lagi...
time ni la sibuk2 nak ganti puasa...
hah amik ko...
dah la..
tahun lepas banyak miss...
demam punya pasal..
adeh....

elly wat ni...comel je....

ni abg nakkal pon x ganti puasa lagi ni
pun sebab demam...
dia la punca demamam aku...
abang..suke ekk bawak virus....


nanti da puasa x leh makan...


isshhhh
harap-harap tahun ni...
ade la rezeki...
dan tak ada la lagi demam...
demam la bukan time puasa..
hahahahahaha...

makan ni tak pe...hahahahha

makan la ni kalau boleh...

raya tahun ni...raya sini je... hahahahha bukan situ..sini....

ceh...puasa tak lagi..
dah fikir raya...
pe de hal...
fikir untuk masa depan...

sapa nk carik kain untuk raya...
jom masuk sini...
the kain specialist

k.. daaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sunset....



ni kat pantai kelanang, banting....
abg nakkal dan aku ke sana lepas kenduri kak cik d puchong..
g amik gmbr sunset dgn kak ct, TKB (geng Fotopages.)






semua orang suka sangat amik gmbr sunset...
kenapa eekk??
kalau aku...sebab warna yang terhasil dari matahari tu..cantik sangat..
macam yang aku pernah baca dalam satu forum...
org tu panggil...
golden time.....



serius... sunset mmg cantik...
beberapa kalu dah aku try sunset..
dari tingkap umah sendiri pon selalu.....



cantikkan sunset itu...
subahannallah...
tapi orang kata tak elok tengok sunset...
sebab tu tanda syaitan..
ye ke????


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GOJI anyone??

Masa bulan april hari tu rasanya.. sorang kwn telah memperkenalkan Goji pada aku.. Aku pon bgtaw kwn aku dr rawang..kalau-kalau dia nak test.. well some said that this thing can help who ever want a baby.. Goji atau yang d claim herba dr China itu boleh membantu.. ala macam minum air akar kayu.. leh membantulah.
jadi kawan dr rawang ni pon setuju.. aku belikan untuk die.. tapi sampai sekarang tak dapat bg lagi.. nak pos..mcm tak berbalaoi... tp masa jumpa kat Ulu Yam aritu tak bagi pulak..






Nak dijadikan cerita. bulan lepas kawan aku dr rawang ni.. email aku satu artikel tentang kilang Goji DISERBU..
what??
aku pon baca la.. yup memang itulah Goji yang aku belikan untuk kawan Rawang aku ni..
bila dah die bagi email mcam tu..
for sure la...dia tak akan nak ambil dan bayar Goji yang aku belikan untuk dia tu..
arggghhhh
you know the conclusion??

RUGI duit aku RM10 beli Goji bongok tu...
and there you go..
i spend for nothing...

mana pergi Goji tu??
bersepah atas meja rumah aku..
nasib baik ada 2 peket je..
kalau ade 20???????
aku tuntut duit dr dia...
hahahahahahahha
ehh silap cerita...
aku nk cerita pasal goji la....

ni aku paste dr email.....


Pernahkah anda mendengar perkataan Goji?

Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya.

Semuanya atas dasar, makanan kesihatan.


Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu.

Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas.

------------------------------------------------------
Kebenaran itu biasanya amat berat untuk diterima atau ditelan lebih-lebih lagi setelah kepercayaan diletakkan akan sesuatu perkara/hal.

Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini.

Goji?

Kira-kira 6 bulan lalu, saya pernah dipaksa untuk membeli produk yang didakwa produk kesihatan ini oleh seorang rakan.

Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati.

Dan sehingga sekarang, ketiga-tiga paket itu masih ada dalam simpanan saya tanpa langsung ada keinginan dari saya untuk mencuba..

Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya dedahkan di sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada saya selama ini.

Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian kesihatan sejak 5 tahun lalu.

Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak terfikir oleh akal fikiran ini.

Dan berani saya katakan, kes sebelum ini, semuanya bermotifkan keuntungan atas angin dan tamak serta penipuan yang amat terancang serta sistematik.

Saya adalah wartawan yang sama sekali tidak akan memutar belitkan apa jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku.

Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui, sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang.

Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal.

Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan.

Dalam kes ini, hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra.

Saya boleh memilih untuk tidak pergi dalam serbuan ini dan mendiamkan diri, kerana saya merupakan satu-satunya wartawan membuat liputan serbuan ini.

Dan serbuan akan hanya tinggal serbuan tanpa pendedahan kerana anggota penguatkuasa bukan wartawan dan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.

Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini.

Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram.

Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan.

Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota.

Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama.

Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen.

Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut.

Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu.

Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.

Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama.

Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.

Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang.

Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin.

Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.

Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.

Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan tertahan.

‘Sildenafil’ hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu.

Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya.

Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui :

- kira-kira 60 ribu paket ;Goji’ yang telah siap dibungkus.

-10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh berisi serbuk ‘Goji’ yang belum dibungkus.

-Berpuluh ribu label bungkusan dan kotak kosong mempunyai label ‘Goji’ terbabit.

- Beberapa mesin memproses dan membungkus ‘Goji’.

Dan, ‘Goji’ yang dirampas, adalah sama seperti ‘Goji’ yang dipaksa beli dari rakan tempohari.

Di masa yang sama, serbuan di pusat pengedaran di Kuchai Lama, turut merampas kira-kira 30 ribu paket ‘Goji’ yang telah siap dibungkus.

Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta ringgit.

Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan ‘Goji’ terbabit tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh pihak lain di luar Malaysia.

original from : http://ondscene.via.my/2009/04/goji-sesuatu-yang-mengejutkanmemeranjat.html
email from.......a friend from rawang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kekuatan emosi..



masalah komunikasi ni selalu sgt terjadi... tak kisah la dlm hubungan suami-isteri ke...adik beradik ke.. mak-anak ke..anak-ayah ke...dan paling haru bile masing-masing tak nak mengaku salah...

sapa yang salah sebenarnya? aku ke kau?? tensen btol bile fikir pasal masalah..semua kerja boleh jadi..tak jadi sebab fikir masalah.. aku tuduh kau..kau tuduh aku..kau silap..aku betul..aku dah banyak berkorban..kau tak buat apa-apa....

antara masalah yang berlaku.. lagi teruk.. bile tak sefahaman.. lagi haru.. dah la tak sefahaman.. saling salah-menyalahkan pulak tu...macam mana?

profesionalkah aku dalam menangani masalah ini?
matangkah aku dalam menyelesaikan masalah ini?
bolehkah aku tangani masalah ini?

ya allah..berilah aku kekuatan.. kewarasan.. kematangan.. kau bantulah hambaMU menjernihkan kembali yang keruh.. yang kalut.. KAU bukalah hati dia untuk melihatku.. memahamiku.. mengenaliku.. kukuhkan la ikatan yang ada..

semoga aku tak terus melatah..
dan tak menuduh satu pihak sahaja dlm masalah ni..
siapa yang salah sebenarnya??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Bored THursDay

setelah menggodek serba sedikit rumah baru ni...
ni je yang aku larat nak buat..buat masa ni... lepas ni nak minta tolong abg nakkal customize rumah ni...

nak kongsi cute vc dr dear amy.. aku first time dengar lagu ni masa belajar dulu. roomate aku gune wat ringtone... baru-baru ni.. aku terjumpa original vc...
sungguh comel amy ni.. sekarang...lawa budaknya...

layan je la...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

terjebak....

salam...
basmallah memulakan bicara......
selawat serta salam buat nabi junjungan dan segala puji bagi ALLAH pencipta langit dan bumi serta sekian alam.....

huh... pada mulanya... aku memang tak de keinginan lansung nak buat blog. konon² setia pada yang satu la... nak guna FotoPages je.. lain tak nak.. alasan... leh letak gambar byk².. tapi.. disebabkan... FP byk gambar.. jadi.. tak banyak cerita... letak la cerita panjang sejengkal..org tak nak baca... blog leh aku celoteh pjg sikit... tak kisah la ape org nak kata.. tak ade pendirian ke... tak ade ape ke..yang penting..aku ade blog...wakakakakakakkakakak


jadi... salam permulaan dari aku.... cik bedah laser....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers

Mari tinggalkan jejak anda di sini.. nanti saya gi rumah awak lak..