give away lagi...
kali ni mama tisya pulak...
cayalah mama...
semoga encik random minat dgn no sy.. heheheh
tarikh tutup.. 26 feb 2010 pukul 9.30 pagi..
sapa berminat sile klik ya...



aha.. kali ni nak masuk pertandingan ini pulak... heheheheheh
tarikh tutup.... tak taw... tp yang pasti...
pemenang akan d pilih pada hari kekasih nanti which is 14 feb 2010...

sila ke link ini utk mengetahui lebih lanjut... KLIK

hopefully.. the bag will be mine.. ehehehehhe

assalammualaikum...

all well ends well...
ahahahah

sudah nye... tiada perbezaan..
nak buat post mortem??

boleh je..

kesalahan
1. tak makan nasi.. tapi masih memakan makanan berkalori tinggi yang lain..
cth : pizza, roti berkeju, KFC, MCD, burger, ayam goreng

2. dah la makan makanan berkalori tinggi... tiada sebarang senaman dilakukan..
(buat sekejap je..pastu...harammmmm)

3. tidur selepas makan..
yang ni susah nak cakap la.. aku sentiasa tunggu suami aku balik keje.. baru aku nak makan... beliau sampai umah dah pukul 8 lebih. pukul 9-10 baru nak makan... sebab tunggu die mandi dulu, main fesbuk dulu, geli-geli dulu...opssss....
kan tidur selepas makan tidak elok...

4. mandi selepas makan...
jarang-jarang terjadi.. tapi ada..


jadi kesimpulannya... percubaan tak berjaya...

akan di lakukan sekali lagi??? bergantung..

owh... kak zel dan peserta yang lain...
maaf lupe nak post..
sy dah makan nasi beberapa kali...
ade pos gmbr je aritu...
detail nye tak de.. hehehehe
maaf..... tersangat maaf... jgn marah ye...

errr denda akan di bank in kan ASAP....


syarat-syarat nya....

#xkisah la sama ada hendak follow atau tidak blog ni, janji ada blog.... tapi dalam entry anda, silanyatakan referrer anda....

#postkan banner atas ni pada entry & sidebar blog dan link kat blog aku!!!sila tinggal link entry kat bahagian comment....

#tarikh tutup pada 13 February 2010 (before chinese new year)

# 2 hadiah untuk cabutan bertuah & 1 hadiah untuk referrer terbanyak (ajak la member2 join skali) so, sila tulis souvenier dari negara mana yang dihendaki!!!pilih satu sahaja, antaranya....
@japan
@barbados
@korea
@egypt
@france
@USA

ok.. ni aku jumpa dr blog kak zai.

kalau aku diberi pilihan nak yang mana satu... aku pasti pilih NIPPON (japan la..)

AHAHAHA...
korang baca tajuk tu.. ok...

kali ni aku nak layan beberapa contest yg ada..
uihhh pemurah betul blogger² malaysia ni..
jadi sebagai tanda penghargaan aku kepada korang..
aku nak join sume contest yang boleh...


get ready people...

haiiii....
kali ni i've been tag... heheheh tag istimewa ni dtg dr kak fida.. (mcm baca kad ucapan utk pilihan lagu lak kan..)

jadi.. ni la die....



1) Adakah anda rasa anda hot?
tak... sebab skrg sy tgh kesejukan kat dlm opis ni..


2) Upload gambar kegemaran anda. Citer pasal gambar berkenaan

gmbr ni gambar raya.. tp dah edit... kebetulan dinding umh BIL aku kaler ijo sama lak dgn baju... owhh gmbr ni dh d compress...asal die lg vibrant.. klik for lerger view..

3) Bila kali terakhir anda makan pizza?
Bulan lepas. masa celeb akak nak gi Sabah... abgnakkal belanja..aku order.. yeay...nanti blnja lgi ekk b..


4) Lagu terakhir anda dengar
errrrkkk lagu mende ekk... tak ingat sbb pagi td last sekali dgr berita.. b4 tu dgr tazkirah pagi.. mcm org baikkan pepagi.. takut nanti aku mencarut... layan jem..

5) Ape anda buat selain menyelesaikan tag ini
fesbuking la ape lg..


6) Selain nama sendiri anda dipanggil name ape?
QuDuT, bedah, pidah, fidah, fida, rafi (eh ade jugak k..), penyu, johol, cik dah, dik dah, buchuk, mama, sayang, gedik, ngade-ngade...

owhh banyak nye nama panggilan aku..

7) Tag lagi 8 orang

1. kak ana
2. saba..
3. kak eynda
4. abgnakkal
5. elly
6. nazri
7. ida sayang sham
8. kak lang dik nor..


8) Siapakah orang no 1 kepada anda
bekas opis mate.. ex cikgu...


9) Kata sesuatu kepada orang no 5
kepek ko sudah selamat dikunyah oleh kami....


10) No. 3 ada hubungan dengan siapa
hubungan dengan hannah n juga
adam... heheheheh

11) Bagaimana pula dengan no 4
die ni ade skandal dgn saya... kekasih gelap, cerah, terang, malap saya.. hik hik hik...


12) Pesanan kepada org no 6
bila mau pulang bah.... akak aku juga d sabah bah...


13) Kata kata cinta untuk no 2
aishteru saba... ahaks...


14) Adakah no 7 & 8 punye persamaan
mereka adalah blogger... sudah berkahwin n ada anak perempuan... sama kan?

15) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yg men`tag anda
1. die baru setel buat contest..
2. hadiah kontes tu... ade beg ben 10
3. qysara baru dpt beskal pink...
4. die nk hadiah in advance...sedangkan bday die bulan 8... tamak btol...
5. die kata baca komen sy leh buat urat kentut die putus...
6. die x nak puji saya pemandu cekap...

ehh terlebih lak... hehehehe


16) persamaan antara kambing dan lembu
dua-dua tak mandi...pastu caj mahal...


17) Adakah anda tahu si razmann itu sengal
razman tu ade lah sepupu saya... dia baik... ~~~tipu... aku tak kenal sape razman...~~


18) Gay or less
not Gay not less.... mcm ala-ala... not less not more... but over.. hahahahahahah



salam tawan-tawan..
lama ai tak menepek cerita di sini kan??
pagi ni aku blog walking dan terjumpa blog akak ni...
so tergeraklah hati wanita aku ni.. nak kongsi dgn korang....
untuk lelaki yg dah berkahwin...
sampai-sampai kan lah kepada isteri korang...
korang sayang isterikan??? klu tak sayang jangan amik taw...
ok??


redi people... readyyyy goooo

Apakah itu kanser servik?





  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit di mana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak di kalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.

Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku di kalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah di mana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear



Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy. Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :

  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile

Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

  • Mencegah lebih baik dari merawat.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
  • Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

Apakah itu ujian Pap Smear?

  • Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah di mana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Soalan Lazim


Adakah ujian itu menyakitkan?

  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?

Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.


Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?

Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.


Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana laporan akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
sumber : http://www.myhealth.gov.my





kongsi-kongsi lah dengan kawan-kawan yang lain...
kita tak pasti apa yang menunggu kita..